Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta menempelak dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan keuntungan dari bisnes beg yang diusahakannya digunakan bagi membeli koleksi jenama mewah.
Menurut Che Ta seperti yang ditulis menerusi Instagram, dia sudah mempunyai pelbagai koleksi beg tangan sejak sekian lama, malah sebelum mengeluarkan beg atas jenama sendiri.
Malah, kandungan perkongsian Che Ta antara lain turut menyebut dia mempunyai pelbagai koleksi beg dari pelbagai harga, kualiti dan rekaan.
Ads
Sekaligus, dia mempunyai banyak pengalaman apabila bercakap mengenai beg tangan.
Che Ta pada masa tidak akan berputus asa, sebaliknya terus cuba berkongsi manfaat dengan wanita di luar sana.
“Saya tak kan putus asa, saya akan terus beri manfaat kepada wanita-wanita yang teringin sangat nak pakai handbag berkualiti tapi harga berpatutan,” tulis Che Ta panjang lebar.
Ads
Terdahulu, Che Ta sebelum ini turut mendedahkan beberapa tips pemilihan beg tangan menerusi Instagram.
Foto: Instagram Che Ta
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Ye la.mmg betul,cantiknyaaà awak ye. Suka teknik kening.. lipstick awak… eye shadow..wow sangat. Ni kompom teknik terbaru ni,awak kata awak makeup consultant.
“Nanti nak suruh dia makeup kan cik gayah samaaaaa macam ni. CIK GAYAH HAVE HAVE SUKAAAAA LAAAAAA,” reaksi Amyza seperti yang dipetik menerusi ruangan kapsyen.
Lalu, ada rakan artis dan peminat yang terhibur kerana rata-ratanya keliru sama ada ia disamakan dengan ‘Ikan Bilis’ atau memang mahu ditaip kepada’Ikan Iblis’.
Yang penting, Amyza jawab dengan selamba dan sporting jer…
Foto: Instagram Amyza Aznan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Katanya, mengambil makanan nutrisi amat penting jagi kesihatan ibu dan bayi yang dikandung. Malah dia sendiri tidak pernah meninggalkan pemakanan nutrisi sejak sembilan tahun lalu.
“Saya tidak pernah meninggalkan pemakanan nutrisi semenjak 9 tahun yang lalu. Baik pada bila-bila situasi pun. Ingat wanita paling banyak perlukan nutrisi seimbang kerana bayi yang dikandung akan menyerap lebih banyak nutrisi dari ibu.
“Sebab itu kena jaga sebelum, semasa dan selepas mengandung. Kalau tak, tu yang jadi sakit sana sini bila kita dah berumur,” tulisnya.
Pada masa sama, Nourul turut memberitahu akibat Kalsium yang tidak cukup, gigi juga akan mudah tercabut.
“Lebih teruk gigi jatuh kerana tak cukup kalsium untuk diri kita kerana diserap oleh bayi,” katanya sambil mengucapkan alhamdulillah atas kandungannya yang kini sudah mencapai usia 24 minggu,” kongsi Nourul.
Terdahulu, perkahwinan Nourul bersama Eric Daniel Depp pada Jun 2012 dan mereka diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.
Manakala bersama bekas suami, Ajai, mereka mempunyai anak perempuan yang sudah mencecah usia 20 tahun.
Foto: Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagaimanapun, Boy Iman ada juga ‘menyakat’ isterinya mengenai poligami.
“Dia ok kalau ada yang nak bermadu tetapi madu dia mestilah lagi baik hati, lagi cantik, lagi pandai masak, lagi pandai jaga anak dan serba serbi lebih pandai la dr dia…
“Baru la dia lebih yakin, lebih percaya dan lebih selesa untuk bermadu satu, dua atau tiga.. Jangan bgtau dia ye saya punya caption ni bukan apa takut perang dunia ke-8 meletus,” kata pelakon Blok 404 itu lagi.
Bagaimanapun, ia hanyalah gurauan Boy Iman terhadap isterinya itu dan tetap mahu setiap bersama selamanya.
“Tapi dia tau laki dia ni berani cakap je, buat tak berani dan dia pun tau lelaki yang bercakap ni takkan buat berbanding lelaki yang diam..Terima kasih ma untuk segalanya dan i sayang u dan anak2 tau,” tulis Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman Abdul Rahman.
Foto : Instagram Boy Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!