Categories: Berita

One II, Bekas Anggota 4U2C Meninggal Dunia

Share

Berkongsi perkhabaran duka, Datuk AC Mizal memaklumkan bekas anggota 4U2C, Nirwan Irwan atau lebih dikenali sebagai One II baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi.

Pengacara popular ini turut berkongsi beberapa keping gambar memperlihatkan One II atau nama sebenarnya, Nirwan Irwan terlantar di hospital dan mengimbau kembali foto album Kembalilah Fiona.

“Salam semua, baru dapat berita bahawa sahabat saya, ahli kump saya 4U2C baru jer meninggal dunia, sedih teramat aku bro, dgn pemergian kau, teringat aku zaman kita dulu 4u2C.

"Allah lebih menyayangi kau semuga kau di tempatkan bersama2 org yg beriman, saya mohon pada semua sama2 la kita Sedekahkan Alfatihah buat Arwah, tenangla kau disana One2 ( NIRWAN IRWAN).. love u buddiessإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـن ِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّ.حِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞” tulisnya.

Terdahulu, bintang ini turut berkongsi status kesihatan Allahyarham menerusi Instagram.

Takziah buat keluarga arwah. Semoga dipermudahkan urusannya di sana kelak dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

Foto : Instagram Datuk AC Mizal

IKLAN