Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi beberapa keping foto di Intagram yang melihatkan dia mengenakan busana pengantin berona putih.
Malah, ibu tunggal ini turut menggayakan kain layah berwarna putih dan dandanan rambut sanggul yang pastinya menyerikan lagi raut wajah anak kelahiran Sabah ini.
Tampil manis mengukir senyuman yang sedang duduk di atas pelamin, rata-rata netizen memuji keayuan Bella atau nama penuhnya Dayang Nazilah Awang Astillah ini.
Dalam pada itu, ada juga yang mahu melihat Bella naik pelamin buat kali kedua selepas bercerai dengan penyanyi, Aliff Aziz pada Mei lalu.
Ads
Menjengah di Instagram dandanan rambut dan solekan Bella, iaitu @leahenna_artist dan @darshidayuartistry, mereka turut memuat naik hasil solekan Bella dan disertakan hashtag #cintabelumtamattempoh #astroria
Gara-gara memuat naik beberapa keping fotonya ketika hadir menyokong pertunjukan fesyen bersempena dengan Kuala Lumpur Fashion Week, semalam, fizikal Mimi Lana menjadi bualan netizen.
Cantik mengenakan persalinan rona merah cili dari jenama antarabangsa lengkap sama boot hitam paras lulut penampilan bintang Cari Aku Di Syurga itu ”memancing mata’ ramai.
Lalu, ada juga yang turut menyentuh mengenai bentuk pahanya yang dikatakan kurus, meski ada yang membayangkan Mimi Lana tampak menawan pada majlis berkenaan.
Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan pengguna media sosial setakat ini masih belum mendapat reaksi darinya.
Dalam perkembangan lain, Mimi kini baru selesai menjalani penggambaran filem seram, Pusaka. Turut sama terlibat dalam filem berkenaan ialah kekasihnya, Shafiq Kyle.
Foto: Instagram Mini Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terkilan apabila ada segelintir yang memandang sinis luahan hati apabila kehilangan insan tersayang, penyanyi Nora Ariffin menjelaskan, jangan sewenangnya melemparkan kata-kata andai tidak melalui fasa yang sama.
Tulisnya lagi menerusi Instagram, ada kalanya, manusia hanya tersedar apabila ujian yang sama ditimpakan kepada diri.
“Dalam kehidupan kita..Simple saja. Apa jua situasi. Bila kita tidak melalui apa yg org lain lalui maka tanpa perikemanusiaan , tanpa belas, kita akn terus judge, menghukum, mengata, memfitnah orang tanpa membayangkan kalau kita berada ditempat mereka.
“Tapiiiii…..Bila dah terkena pada diri sendiri, batang hidung sendiri atau org2 terdekat. Barulah kita tahu, sedar, kenal & faham apa itu langit & bumi. Apa itu ketentuan Allah.Barulah kita sedar kesilapan kita.
“Masa tu dah umur 60 tahun. Kita hanya mampu cerita pengalaman pada anak2 cucu kita. That’s simple, adadalamtiadabynora,” tulisnya.
Penyanyi lagi Dipersimpangan Dilema ini turut menyatakan di ruangan komen bahawa dia tidak pernah meminta dijadikan balu atau ibu tunggal.
Suami Nora, Johan Nawawi yang juga seorang komposer terkenal meninggal dunia pada Mac 2017 akibat serangan jantung.
Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Foto : Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Juhara Ayob yang sudah lama tidak muncul di pentas lakonan kembali melepaskan rindu sebagai menerusi persembahan teater Main Makyung Raja Gondang.
Menyifatkan kekangan masa antara punca dia kini agak jarang aktif dalam bidang lakonan selain memikul tugas sebagai pensyarah sejak 2007 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Juhara bagaimanupun peluang yang ada ketika ini tidak mampu untuk dilepaskan.
“Saya akui ada yang bertanya lama menghilang, saya ada tugas hakiki sebagai pensyarah jadi masa terhad. Kalau turun set penggambaran pasti makan masa.
“Tipu kalau kata tidak rindu. Jadi bila ada peluang seperti ini saya ambil peluang kembali ke pentas lakonan,” katanya jujur.
Pada masa sama, Juhara juga kini tidak keberatan untuk melakukan kemunculan semula dalam produksi drama jika sesuai dengan masa dan naskhahnya.
“Syukur sebab ramai juga yang masih kenal dan tegur di luar sana. Bagi saya yang pasti mengajar juga memberikan kepuasan iaitu dapat berkongsi pengalaman dengan pelajar,” kongsi Juhara yang pernah diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin menerusi drama Cinta Si Penggali Kubur ini.
Berkongsi lanjut mengenai ‘comebacknya’ dalam Main Makyung Raja Gondang ini pula, persembahan tersebut dianjurkan oleh Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA).
Apa yang menariknya, ia turut membabitkan tenaga pengajar, warga kerja, graduan serta pelajar ASWARA sendiri sebagai pelakon, penari, pemuzik dan juga pengurusan produksi.
“Persembahan ini juga diangkat sebagai aktiviti di bawah sambutan ulang tahun ke-25 ASWARA.
“Saya juga bertindak sebagai penerbit teater ini yang diarahkan oleh Che Kem yang pensyarah di Aswara serta membabitkan pelakon termasuk Along Ezendy,” jelas Juhara lagi.
Sekadar informasi, Makyung Raja Gondang bakal dipentaskan di Panggung Eksperimen Aswara bermula pada 23 dan 24 Ogos depan jam 8.30 malam.
Sementara persembahan pada 25 Ogos pula ialah pada jam 3.00 petang dengan tiket berharga RM20 bagi dewasa serta RM 10 bagi pelajar.
Mereka yang berminat untuk menonton turut boleh mendapatkan pas tiket di pintu masuk panggung.
Terdahulu, Makyung Raja Gondang bertemakan dendam seorang anak raja iaitu Raja Gondang terhadap ayahnya, Raja Besar.
Disebabkan permaisuri Raja Besar iaitu ibu Raja Gondang (Tuan Puteri Gak Jetera) melahirkan anak sebiji Gondang, maka Tuan Puteri Gak Jetera telah dipukul palu dan dihalau dari istana.
Lalu, bermulalah konflik melibatkan keluarga diRaja berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila dapat peluang berduet bersama sahabat baiknya yang juga penyanyi, Hazama menerusi projek lagu raya terbaharu berjudul Yaa Hari Raya.