Pemenang gelaran Miss Universe Africa and Oceania,Olivia Yacé, mengumumkan peletakan jawatannya hanya tiga hari selepas dinobatkan memenangi gelaran tersebut di pertandingan Miss Universe 2025.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagramnya, Ratu Cantik Côte d’Ivoire itu disahkan menarik diri daripada semua mandat dan tanggungjawab berkaitan organisasi Miss Universe berkuat kuasa serta-merta atas alasan mahu mengekalkan komitmen terhadap nilai dan integriti peribadinya atas alasan mahu mengekalkan komitmen terhadap nilai dan integriti peribadinya.
Pada pertandingan itu, beliau menamatkan saingan di tempat kelima, manakala wakil Mexico, Fatima Bosch, meraih gelaran juara dalam edisi ke-74 yang turut menyaksikan salah satu penutup paling kontroversi dalam sejarah ratu cantik antarabangsa.
Olivia turut menjelaskan bahawa pengalaman mewakili Côte d’Ivoire di Miss Universe telah membuktikan keupayaannya mengharungi cabaran, namun kesinambungan perjalanannya memerlukan keselarasan dengan nilai asas yang menjadi pegangan hidupnya.
Ads
Beliau menegaskan bahawa kehidupannya berpaksikan kepada empat prinsip utama, rasa hormat, maruah, kecemerlangan dan peluang sama rata. Prinsip tersebut, kata beliau, mesti kekal sebagai teras setiap tanggungjawab yang digalas, dan beliau tidak lagi mampu mencapai potensi penuh dalam ruang lingkup gelaran benua itu.
Olivia turut memaklumkan bahawa beliau bukan sahaja melepaskan gelaran Miss Universe Africa and Oceania, malah menarik diri sepenuhnya daripada sebarang perkaitan dengan Jawatankuasa Miss Universe pada masa akan datang.
Keputusan itu, katanya, dibuat dengan penuh pertimbangan dan berlandaskan nilai integriti yang ingin dipertahankannya.
Ads
Dalam pada itu, Olivia menjelaskan bahawa misinya sejak awal adalah untuk menginspirasikan generasi muda, khususnya gadis-gadis yang ingin melihat diri mereka di ruang yang sering dianggap sukar ditembusi. Beliau mahu menjadi contoh yang membolehkan mereka melangkah masuk dengan yakin dan menerima identiti diri tanpa ragu.
Pada masa sama beliau mengucapkan tahniah kepada Fatima Bosch atas kemenangannya, selain mendoakan pemulihan segera buat wakil Jamaica, Gabrielle Henry, yang kini dirawat di unit rawatan rapi akibat kemalangan ketika minggu pertandingan.
Keputusan meletakkan jawatan ini hadir susulan pelbagai kontroversi yang melanda Miss Universe 2025, termasuk dakwaan pemarkahan tidak telus dan sudah disusun sejak awal, perselisihan terbuka serta insiden teknikal di pentas.
Tular juga dakwaan bahawa seorang juri iaitu Omar Harfouch, telah menarik diri sebelum malam final kerana mendakwa keputusan pertandingan bakal memihak kepada Fatima atas faktor ayahnya memiliki urusan perniagaan bersama pemilik Miss Universe, Raul Rocha.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Christina Perri yang popular menerusi lagu tema Twilight Saga: Breaking Dawn, A Thousand Years, dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Paul Costabile selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Menurut laporan portal hiburan antarabangsa, TMZ, permohonan perceraian itu difailkan pada Isnin di mahkamah Los Angeles dengan alasan perbezaan yang tidak dapat didamaikan. Dalam dokumen yang dikemukakan, Perri turut menyenaraikan tarikh perpisahan mereka berlaku pada hari yang sama permohonan difailkan.
Pasangan tersebut berkahwin pada Disember 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak perempuan masing-masing berusia tujuh dan tiga tahun. Difahamkan, Perri memohon hak penjagaan bersama secara sah dan fizikal terhadap anak-anak mereka.
Menariknya, penyanyi berusia 39 tahun itu turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau tidak menuntut sebarang sokongan pasangan daripada Costabile. Tindakan itu dipercayai berkait dengan perjanjian pra-perkahwinan yang telah dimeterai sebelum mereka berkahwin.
Langkah Perri memfailkan perceraian secara rasmi menamatkan spekulasi yang berlegar dalam kalangan peminat sejak beberapa bulan lalu apabila pasangan tersebut jarang muncul bersama di khalayak umum dan tidak lagi berkongsi gambar keluarga di media sosial.
Christina Perri mula mencipta nama menerusi single Jar of Hearts pada tahun 2010 dan sejak itu dikenali dengan lagu-lagu berentak balada yang sarat dengan emosi. Lagu A Thousand Years menjadikan beliau antara penyanyi wanita paling berpengaruh dalam genre pop romantik pada era 2010-an.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Perri mahupun Costabile mengenai keputusan tersebut. Namun pemerhati industri hiburan berpendapat, penyanyi itu bakal memberi tumpuan kepada kerjaya muzik dan anak-anaknya selepas melalui episod pahit rumah tangga ini.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengambil maklum dan memahami sepenuhnya kebimbangan orang ramai berhubung penampilan ahli kumpulan Dolla dalam video muzik terbaharu mereka yang dianggap tidak sesuai serta menimbulkan sensitiviti dalam kalangan penonton.
Ia termasuk kenyataan terbaharu daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Sehubungan itu, pihak Universal Music Malaysia mengambil keputusan untuk menurunkan video muzik tersebut daripada semua platform digital sebagai langkah bertanggungjawab serta demi menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, berkata keputusan ini dibuat selepas melakukan penelitian semula terhadap keseluruhan kandungan produksi dan maklum balas masyarakat.
“Sebagai sebuah syarikat rakaman yang beroperasi dalam ekosistem majmuk seperti Malaysia, kami sentiasa menghormati nilai budaya, sensitiviti agama dan pandangan peminat.
“Kami mengambil serius semua maklum balas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kekhilafan yang berlaku.
“Kami percaya bahawa kreativiti dan ekspresi seni perlu seiring dengan kepekaan terhadap norma setempat.
“Oleh itu, keputusan untuk menurunkan video muzik tersebut adalah langkah yang wajar demi menjaga keharmonian dan rasa hormat semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan media.
Dalam pada itu, Universal Music Malaysia turut menegaskan komitmen mereka untuk memastikan setiap perancangan kreatif selepas ini melalui proses semakan yang lebih ketat, melibatkan perbincangan dalaman serta konsultasi profesional bagi mengelakkan isu sebegini berulang.
Pihak syarikat turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan masyarakat yang memberikan maklum balas secara terbuka dan membina.
Malah pihaknya turut berharap perkara ini dapat ditangani dengan baik tanpa menjejaskan hubungan antara artis, peminat dan komuniti muzik Malaysia secara keseluruhan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rap popular, Cardi B, 33, selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya bersama atlet NFL, Stefon Diggs.
Menurut sumber, khabar itu disahkan wakil penyanyi berkenaan yang memaklumkan keadaan Cardi B kini stabil dan berada dalam keadaan baik selepas melalui proses kelahiran dengan lancar.
Stefon, 31, sebelum ini turut berkongsi rasa teruja apabila mengetahui mereka bakal menimang anak lelaki, sambil berseloroh bahawa dia tidak sabar menantikan momen melihat anaknya buat push-ups, sit-ups dan berlari ke sana sini seperti seorang atlet.
Cardi B, yang baru tampil dengan projek baharu dalam kerjaya muziknya, turut berkongsi bahawa tahun ini menjadi antara fasa terpenting dalam hidupnya.
Selain kembali aktif dengan album dan perancangan tour, kehadiran bayi ini dianggap sebagai “sebab tambahan untuk menjadi versi terbaik diri sendiri”.
Cardi B sebelum ini menjelaskan bahawa dia memilih untuk mengumumkan kehamilan mengikut masa sendiri, dengan mengutamakan kesihatan bayi dan ruang privasinya sebagai seorang ibu.
Beliau yang sebelum ini sudah mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya dengan Offset itu kini memasuki fasa baharu dalam kehidupan peribadi. Beliau dan Stefon mula dikaitkan sejak penghujung 2024 sebelum tampil bersama secara terbuka beberapa bulan selepas itu.
Sekadar info. Cardi B dan Offset berkahwin sejak 2017, namun mereka sudah hidup berasingan secara sah. Menurut sumber, mereka masih belum menoktahkan perhubungan disebabkan kewangan walaupun sudah memfailkan perceraian sejak tahun lalu.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hujung minggu lalu, acara Hello Putrajaya berlangsung meriah apabila ribuan pengunjung memenuhi setiap ruang di Symphony East 3, IOI City Mall, Putrajaya.