Ads

Oki Setiana Dewi Cerita Raya Antara Malaysia, Indonesia

Setiap negara pasti ada cara tersendiri menyambut hari raya.  Jika di negara kita, ada lemang, ketupat dan rendang yang sinonim, begitulah juga dengan di Indonesia yang punya keistimewaan tersendrii meraikan hari Lebaran ini.  

Oki Setiana Dewi yang berada di Malaysia tidak berapa lama dahulu sempat ditanya mengenai antara raya di Malaysia dan Indonesia.

“Kalau dari segi makanan, saya rasa semuanya sama sahaja, di Indonesia ada ketupat, opor, rendang, sambal kentang dan hati ayam.

Ads

“Dari segi perayaan, sama saja sambutannya, semua orang bergembira menyambut hari raya, sanak-saudara pulang ke kampung, seperti di Malaysia, bandar besar akan sunyi sepi kerana orang ramai pulang ke kampung,” katanya kepada Sinar Online.

Oki Setiana Dewi turut berkongsi budaya ziarah menziarahi di negaranya sewaktu sambutan hari raya.

Ads

“Jika di Indonesia, waktu kunjung-mengunjungi antara ahli keluarga adalah dalam tempoh tiga hari sahaja manakala melibatkan teman-teman di pejabat adalah dalam masa seminggu atau 10 hari selepas tiga hari pertama itu

Ads

“Selain itu, orang akan menghabiskan masa yang lama di kampung hingga satu minggu lamanya untuk sambutan hari raya,” katanya.

Sumber: Sinar Online/Nurul Khaleeda Rashikin 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Pelawak Ditemui ‘Overdose’ Dadah Di Tepi Jalan

Pelawak Amerika Syarikat, Andy Dick, 59, dilaporkan mengalami overdose di sebuah jalan tepi bangunan di Hollywood selepas beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri...
error: Hello. Cannot.