Ketika kudapan manis, Kunafa dari Timur Tengah ‘mendunia’ beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia, situasi itu membangkit cetusan idea buat pempengaruh TikTok dan usahawan, Ojen Aiwahhh untuk meneroka bidang baharu menerusi Kunafa Aiwahhh.
Dilancarkan sejak 2022, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli, 29, kini terus optimis untuk terus memperkenalkan jenama berkenaan yang kini sudah mempunyai variasi tujuh pilihan perisa lain termasuklah Red Velvet, Dark Indulgence, Lumut Cheese, Biscoff, Choc Oreo dan Hazelnut Nutella.
Cik Epal Ialah Teman Baik
Terbaharu, perisa kelapannya iaitu Madu 3 yang berasaskan emping jagung yang dilancarkan secara kolaborasi bersama teman baik yang juga pempengaruh sensasi, Cik Epal.
Ditanya Ojen mengenai kerjasama itu yang dilihat seperti menangguk di air keruh di atas kisah hangat membabitkan isu rumah tangga Cik Epal, bekas penuntut bahasa Arab di Yaman itu tidak melatah.
“Kalau ada yang kata kerjasama ini cuba ambil kesempatan fasal cerita itu, saya kurang bersetuju. Mungkin ia hanya kebetulan. Apa yang saya boleh tekankan kerjasama ini lebih kepada menolong antara satu sama lain.
“Saya sendiri bersimpati dengan apa yang berlaku dalam kisah rumah tangganya. Cik Epal sendiri turut membantu menyebarluas jenama kunafa Aiwahhh.
“Sebagai sahabat, saya tak mahu hanya muncul pada waktu senang. Biarlah ketika susah juga. Dapat juga saya kongsi rezeki dengannya sekali gus dia boleh meneruskan survival kehidupan solo bersama anak,” katanya.
Penyanyi lagu Hubb itu turut menjelaskan, idea kolaborasi ini sebenarnya sudah dirancang lama dan pemilihan perisa Madu 3 bukan gimik dan tiada kaitan dengan tempias rumah tangga Cik Epal.
“Bukan tiba-tiba saja nak keluarkan perisa Madu 3 ini. Nak keluarkan mana-mana perisa baharu perlu ada R&D (penyelidikan dan pembangunan).
“Tambah pula saya tak pernah berkolaborasi dengan mana-mana artis atau pempengaruh. Jadi kenapa tidak saya tampilkan Cik Epal saja untuk kolaborasi sulung ini.
“Pemilihan nama perisa Madu 3 bukan suka-suka. Tapi sebab perisa ini menggunakan tiga jenis madu iaitu honeycomb, drizzle madu dan campuran emping jagung bersama madu. malah perisa ini juga ada tiga lapisan,” katanya.
Ads
Idea Muncul Ketika Belajar Di Tanah Arab
Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, Ojen tidak mempunyai kios atau cawangan kedai tertentu. Sebaliknya, dia bersama pasukan kerja sendiri akan turun padang ke serata negeri demi tujuan promosi.
Disifatkan sebagai perintis usahawan kunafa dengan elemen tekak Melayu, Ojen berkata idea berniaga itu terlintas ketika belajar di Yaman.
“Empat tahun di Yaman dan Setahun di Egypt, Saya lihat kunafa menjadi makanan harian dan pencuci mulut kegemaran. Di Tanah Arab lagi, saya sudah pasang niat, balik ke Malaysia memang kena jual kunafa.
“Lucunya, ada ramai penjual tempatan cuba meniru konsep saya. Termasuklah di kalangan penjual orang Arab. Saya lihat ramai yang mengambil inspirasi.
“Saya jadi bangga konsep ini diterima di kalangan masyarakat dan penjual kunafa. Lagipun saya tak mampu nak jual kepada lebih 33 juta rakyat di negara kita.
Ads
“Biarlah sama-sama cari rezeki. Syukur, Allah SWT sudah beri lebih rezeki lebih untuk saya,” katanya yang sudah lengkap melakukan jerayawara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak tahun lalu.
Tahun ini, dia berazam untuk tembusi pasaran Indonesia dan Brunei.
Mahu Sama-Sama ‘Mendonia’
Sementara itu, Cik Epal atau nama sebenar, Nor Munirah Mahmud optimis dengan kolaborasi bersama Ojen.
“Secara jujurnya saya bukan jenis bekerjasama dengan sembarangan orang. Saya lebih selesa berkolaborasi dengan orang yang sudah dikenali.
“Macam Ojen memang kami sudah lama kenal. Dia pun jenis yang merendah diri, happy go lucky dan senang berurusan.
“Saya sendiri yakin 100 peratus dengan perniagaan kunafanya. Kunafa Aiwahhh antara ‘dessert’ yang sudah lama viral dan ‘mendonia’ ke hari ini. Tipulah lah kalau kata tak pernah nampak Kunafanya jadi ‘fyp’ di TikTok.
Ads
“Saya rasa dari dulu kalau buka gerai jualannya, memang penuh dibanjiri peminat kunafanya sampai satu Malaysia ada.
“Jadi waktu Ojen ajak berkolaborasi, memang saya teruja. Ditambah pula nak buat perisa Madu 3 ini, saya sendiri nampak yang ia akan meletup. Waktu kami buat R&D, terus saya bersetuju untuk sama-sama ‘mendonia’,” katanya.
Cik Epal Selesa Sendiri Bersama Anak
Menjawab pertanyaan mengenai kehidupannya ketika, Cik Epal reda dengan ujian diterima.
“Alhamdulillah saya bersyukur sebab Allah uji saya pada waktu yang tepat. Saya juga bersyukur waktu sebegini, masih ada sahabat lama dan baru yang ikhlas menolong saya.
“Ada yang tak henti-henti memberi motivasi diri pada saya untuk meneruskan kehidupan demi anak dan masa depan yang lebih terang.
“Saya sudah selesa seorang diri buat masa ini. Cukup ada anak menjadi asbab untuk saya terus tersenyum. Saya akan terus berjuang dan takkan kembali dengan kesilapan lalu dengan lelaki yang sama.
“Untuk kembali balik kepada bekas suami itu, saya rasa tak mungkin. Tapi saya takkan sesekali memisahkan anak dengan bapa mereka.
“Apa terjadi, bekas suami tetap bapa kepada anak saya dan dia pernah menjadi bapa yang baik. Itu sahaja,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@ojennn_aiwahhIm so proud of her! Tahniah! Seorang wanita yang kuat 🤍We did it! Ojen seronok dan bangga dapat berkongsi rezeki dengan cik epal, Ramai sungguh orang support kita dari hari pertama sampailah harini 😭🤍🫶🏻 Satu Fenomena Kunafah Madu 3 🐝💛 Negeri lain standby ojen bawak Kunafah Madu 3 ni next tour ya, Insyallah, Doakan tau 🤲🏻♬ suara asli – “𝟭𝟳”
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Dayana Roza menggesa pihak kerajaan untuk menjalankan ujian mental terhadap para pekerja taska, tadika atau pusat asuhan susulan banyak kes kematian bayi dan anak kecil yang berada dalam jagaan mereka, akhir-akhir ini.
Menurut Dayana, ujian ini perlu dilaksanakan bagi memastikan mental mereka berada dalam keadaan stabil kerana tugas menjaga anak kecil sememangnya mencabar.
“Dah banyak sangat kes macam ni. Kerajaan kena start buat mental health check up untuk semua yang kerja taska atau tadika termasuk pengasuh.
“Tengok diorang fit tak untuk jaga budak kecil dan semua kena daftar,” tulisnya.
Perkara itu disuarakan sendiri oleh pelakon drama Rahsiamu Selamat Denganku ini menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Katanya lagi, para pekerja taska dan pusat asuhan perlu mempunyai minat yang mendalam terhadap pekerjaan mereka dan bukan sekadar untuk menerima gaji sahaja.
“Nak jaga anak sendiri pun kadang menguji kesabaran kita. Inikan lagi anak orang. Kalau tiada minat nak jaga budak, jangan kerja. Tak semua orang mampu. Jangan kerja sebab duit sahaja.
“Kerja ni melibatkan nyawa anak orang dan ibu bapa hantar bukan free. Tanggungjawab besar sangat nak jaga anak orang ni. Kerajaan kena buat sesuatu,” ujarnya.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang bayi yang berusia empat bulan yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Kuala Langat.
Bayi tersebut didakwa meninggal dunia tanpa diberitahu sebab atau punca secara terperinci oleh pihak taska.
Malah, terdapat dakwaan yang mengatakan berlaku kecuaian dan pengabaian daripada pihak taska sehingga menyebabkan kematian anak kecilnya itu.
Pihak polis turut mengesahkan premis taska terbabit tidak berlesen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak Polis kini masih memburu suspek yang disyaki telah membunuh pelakon, Sandy Permana, pada 12 Januari 2025.
Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya, Pesuruhjaya Kanan Ade Ary Syam Indradi berkata, ketika ini pihaknya sudah meneliti empat saksi yang melihat kejadian itu.
Antara empat saksi tersebut termasuk isteri kepada suspek yang yang didakwa bergaduh dengan mangsa sebelum meninggalkannya di tepi jalan.
“Ada empat orang saksi termasuk seorang ibu yang melihat mangsa bersama seorang saksi yang disyaki bergaduh, kemudian yang bergaduh dengan mangsa menjeling dan akhirnya berlalu pergi,” kata Ade Ary yang ditemui wartawan tempatan di Balai Polis.
Menurutnya lagi, saksi kedua merupakan isteri suspek tersebut yang dilihat bergaduh dengan Sandy manakala dua lagi saksi merupakan seorang pengawal keselamatan dan dan jiran mangsa yang turut menyaksikan insiden malang itu.
Meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, pelakon yang popular menerusi siri televisyen Misteri Gunung Merapi 3 (Mak Lampir) itu ditikam berkali-kali menyebabkan dia kehilangan darah yang banyak.
“Berdasarkan siasatan di tempat kejadian, terdapat luka di bahagian kiri kepala berukuran 3 cm lebar dan 1 cm panjang, luka di belakang telinga kiri berukuran 4 cm panjang, 3 cm panjang calar, dan luka pada pipi kiri dan juga luka koyak di perut kiri,” jelas Ade Ary lagi.
Sehingga kini pihak Polis masih lagi memburu suspek yang dikatakan lari dari tempat kejadian dan isu mengapa mereka bergaduh belum diketahui.
Sandy memulakan kerjayanya menerusi pertandingan pencarian model sebelum terjun ke dunia lakonan. Dilahirkan pada 30 Jun 1979, dia meninggal dunia pada usia 45 tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nana Mahazan hari ini berkongsi kepada umum bahawa dia bakal menggalas tanggungjawab baharu sebagai penyampai radio Zayan.
Menerusi hantaran video di Instagram, dia berkongsi serba sedikit momen apabila mengetahui dirinya dilamar untuk menjadi salah seorang penyampai segmen pagi di stesen radio berkonsep Islamik itu.
“I cried this morning when abe Wan boss Zayan announced officially I will be joining Pagi Zayan dengan abang FBI. MasyaAllah, syukur Alhamdulillah siapa sangka seorang Nana Mahazan akan kembali ke udara. Rindu. Sgt rindu.
“Tapi kali ni dengan misi berbeza. I had a good chat dengan abang FBI about the purpose now lain dari dulu. Allah makbulkan, jadi Ya Allah permudahkanlah,” kongsinya.
Mementingkan hubungan dengan keluarga, Nana turut berkongsi yang dia mendapatkan restu bukan sahaja dari suami, bahkan turut mendengar pendapat daripada kedua orang tuanya.
“Selain dari restu suami, Raqeem Brian , mestilah saya akan consult dan minta restu abah dan mak sama macam mula-mula nak masuk radio dulu tahun 2004. Saya pasti di mana saya berada sekarang juga dari restu dan doa dari mereka, Terima kasih mak abah selalu doakan Nana.
“Untuk anak-anak mummy, Althea dan Aaqib, kena extra berdikari ya, sebab mummy dah keluar kerja seawal jam 5 pagi, pepandai bersiap ke sekolah.. Daddy pulak jadi mandor pepagi ok?” kongsinya lagi.
Imbas kembali, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan pernah berkhidmat sebagai penyampai di Radio Era dan Xfm sebelum meninggalkan konti pada 2011.
Dia yang terkenal menerusi program nyanyian realiti Akademi Fantasia 1 berjaya mengukuhkan nama dalam dunia penyiaran sebagai penyampai radio dan juga pengacara televisyen.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...