Pelakon Kazar Saisi mengakui sebagai anak seni, dia sememangnya meminati sesuatu yang cantik dan kreatif. Bintang otai itu berkata demikian sebagai mengulas foto editnya bersama bintang seksi antarabangsa, Jennifer Lopez (J.Lo) yang sering dimuat naiknya menerusi laman Instagram hingga mencuit minat ramai netizen kerana gambar yang disunting itu diedit hingga kelihatan seperti foto asli yang dirakam bersama.

Selain J.Lo, pelakon berusia 59 tahun itu turut memuat naik entri gambar edit bersama bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo.

Oh, Ini Antara Sebab Mengapa Kazar Selalu Edit Gambar Dirinya Dengan J.Lo. Memang Kelakar Habis!

Ditanya mengenai sejauh mana keupayaannya di dalam melakukan proses edit gambar-gambar tersebut hingga menjadi bualan pengguna media sosial, Kadar memberitahu pada peringkat awal dia tidak berapa mengenali latar belakang penyanyi Love Dont Cost a Thing itu.

IKLAN

“Mengenai J.Lo, saya tak kenal pun latar belakang dirinya sebab pada awalnya saya sunting gambarnya secara tidak sengaja memandangkan ton kulit dan tinggi pun lebih kurang sama. Saya dah cuba yang lain tapi tk berapa menjadi,” katanya ketika ditemui MH.

Katanya lagi, dia tidaklah melakukan proses edit tersebut secara berkala, tetapi akan lakukannya sekiranya mendapat ilham dan permintaan para pengikutnya menerusi aplikasi berkenaan.

Oh, Ini Antara Sebab Mengapa Kazar Selalu Edit Gambar Dirinya Dengan J.Lo. Memang Kelakar Habis!

“Kalau dapat ilham dan tengok mana sesuai, saya akan buat. Saya suka bila orang suka sebab saya tak langsung, ia pun boleh tambahkan pengikut di Instagram. Kiranya saya ni antara artis tua yang paling ramai orang follow,” seloroh Kazar sejurus selesai sidang media pelancaran drama supertele, Budak Kripto di Finas, baru-baru ini. 

Ditanya mengapa tidak mengedit gambarnya bersama selebriti terkenal tempatan, Kazar mempunyai pandangannya sendiri.

IKLAN

Oh, Ini Antara Sebab Mengapa Kazar Selalu Edit Gambar Dirinya Dengan J.Lo. Memang Kelakar Habis!

“Artis tempatan tak boleh, nanti banyak hal. Sebab itulah saya gunakan artis oversea. Semua gambar saya sunting sendirilah. Paling lama pun tak sampai sejam. Sudah dikira pakar. Sebab itulah yang paling penting, saya kena gunakan telefon pintar yang ada pen,” akhiri Kazar jujur. 

Foto: Instagram Kazar Saisi

IKLAN

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI