Pelakon Nynaa Harizal memaklumkan dia selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 29 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Menerusi laman Instagram miliknya, Nynaa atau nama sebenar, Nurul Hanynaa Harizal, 27, berkongsikan gambar jari puteri sulungnya itu buat tatapan umum.
“Alhamdulillah for everything, 29.1.23.
“Kami sudah bertiga sekarang, syukur Alhamdulillah,” tulis Nynaa.
Menurut Nynaa, dia terpaksa melahirkan anak lebih awal daripada jangkaan iaitu 2 Februari selepas mengalami tanda-tanda sakit bersalin ketika melakukan pemeriksaan.
“Saya rasa sangat lega apabila sudah selamat melahirkan bayi kami. Alhamdulillah, dengan izin Allah semua berjalan lancar.
Genap dua bulan bersalin, penyanyi, Qalisha Ray berkongsikan gambar cahaya mata sulungnya, Maria Serra yang dilahirkan pada 5 Disember lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya itu, Qalisha atau nama sebenarnya, Noor Qalisha Ahmad Rashid, 32, berkata walaupun tanggungjawabnya sudah bertambah, namun dia sangat menyenangi ‘peranan’ terbaharunya bergelar seorang ibu.
“Saya ingin perkenalkan kalian dengan anak perempuan kesayangan kami, Maria Serra yang sudah genap berusia dua bulan pada hari ini (Ahad).
“Hands full, but heart fuller.
“Mama love you, my darling Serra,” tulis Qalisha di ruangan kapsyen.
Untuk info, Qalisha yang sering kali diberi julukan nama Kim Kardashian Malaysia ini mendirikan rumah tangga dengan Shahrin Kamaruzzaman, 35, pada 17 Disember 2021.
Qalisha merupakan sepupu kepada usahawan dan pengacara popular, Neelofa.
Pelakon Puteri Sarah Liyana memberikan pendapat mengenai lafaz cerai yang dibuat menerusi panggilan telefon terhadap pasangan.
Menerusi perkongsian video TikTok @remaja.my, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan tindakan lelaki menceraikan isterinya melalui telefon adalah sebagai tidak bermaruah dan pengecut.
“Saya rasa itu adalah tindakan yang pengecut. Sepatutnya kalau awak ambil anak dara orang cara baik, pulang pun cara baik.
“Jangan nak guna WhatsApp, nak guna telefon untuk berbuat demikian.
“Itu adalah tindakan seorang lelaki yang tidak bermaruah… pulangkan secara baiklah. Ikut prosedur yang sepatutnya,” kata Sarah.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, jika berada dalam keadaan marah sekalipun, melafazkan talak menerusi telefon adalah bukan cara terbaik untuk perkara itu.
“Marah macam mana pun, buat dengan cara yang betul. Jangan nak ikut marah kau, lepas itu terus bertindak.
“Kesian kita sebagai wanita akan rasa macam kita ni tidak bermaruah bila buat macam tu.
“Bila kau tak suka dengan kita, kau buat macam tu pula. That is not the way,” kata Sarah lagi.
Sarah antara lain turut ditanya mengenai konflik rumah tangga yang berlaku di antara pelakon Hafidz, 29, yang berpisah bersama isterinya, Shuhada.
Shuhada, 29, bakal memfailkan penceraian mereka pada esok.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengarah, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur selapas impiannya untuk membawa isteri dan anak-anak ke tanah suci, Mekah akhirnya menjadi kenyataan.
Menurut Farid, impian tersebut telah ditanam sewaktu menunaikan umrah secara bersendirian pada 2017.
“Alhamdulillah, ia pengalaman yang sangat indah sebagai seorang suami dan bapa apabila dapat membawa keluarga menunaikan umrah. Itu memang harapan dan impian saya satu ketika dahulu.
“Saya pernah pergi bersendirian pada 2017 dan harapan saya mahu membawa keluarga pula satu hari nanti. Impian tersebut kini sudah tercapai.
“Mekah dan Madinah adalah tempat yang terbaik di dunia. Saya mahu kongsikan pengalaman sebelum ini bersama anak-anak dan isteri. Saya rasa seperti salah satu doa saya dimakbulkan,” katanya kepada MH.
Farid berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang berlangsung pada Khamis di Pavillion, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Diana Danielle ini turut mengakui telah melalui banyak momen-momen menyentuh perasaan ketika berada di sana.
“Momen tersebut mesti ada. Apabila kita berada di sana, segalanya menjadi rahsia-rahsia Allah dengan kita. Kegembiraan berada di sana itu terserlah.
“Terlalu banyak doa-doa yang tersimpan di dalam hati untuk saya terjemahkan di hadapan Kaabah. Saya juga nampak keseronokkan Diana ketika beribadah di tanah suci.
“Manakala anak-anak saya pula, walaupun mereka masih lagi mumaiyiz, tetapi tetap melakukan segala ibadah di usia yang masih kecil.
“Saya harap perkongsian ini akan membuatkan para bapa lebih bersemangat untuk turut sama membawa keluarga menunaikan umrah,” ujarnya lagi.
Jelas Farid lagi, dia juga gembira saat melihat keterujaan anak-anaknya ketika berada di Kota Mekah.
“Bila pertama kali bawa Muhammad masuk ke perkarangan Kaabah, dia sangat teruja walau nampak dari jauh. Ia membuatkan saya rasa saya perlu membawa dia ke Kaabah dengan lebih dekat.
“Dengan kudrat yang ada, saya berjaya mengangkat Muhammad untuk menyentuh kain dan dinding Kaabah. Itulah momen yang menggembirakan saya. Memang banyak tempat lain yang lebih seronok tapi tidak akan sama rasanya seperti Mekah dan Madinah.
“Bila saya dapat memberikan penerangan dan anak-anak menghargainya, minda mereka makin terbuka untuk lebih mendalami Islam. Momen ini sangat menyentuh hati saya,” akhirinya.
Terdahulu, Farid dan keluarganya baru sahaja tiba di tanah air pada Khamis setelah berangkat ke Mekah dua minggu yang lalu.
Sekadar informasi, Farid merupakan tunjang utama yang membintangi filem arahan Roy yang bergenre seram komedi ini.
Selain Farid, Sumpahan Syaitan turut dibintangi barisan pelakon seperti Nyna Harizal, Adam Shahz dan kumpulan Senario.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.