Isteri kepada penyanyi terkenal, Nubhan telah selamat melahirkan bayi sulung mereka malam tadi jam 9.45 malam. Isteri Nubhan, Afifah Hidayah Taufek telah melahirkan seorang bayi perempuan.

Berita gembira ini dikongsi oleh Nubhan sendiri di akaun instagram miliknya bersama gambar dan kapsyen yang tertulis,

“Alhamdulillah… syukur ke hadrat illahi.. syukur ya Allah dapat kami rasa nikmat jadi ibu and ayah… semoga anakku membesar menjadi anak solehah❤ #alhamdulillah #babygirl”

Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad memberitahu menerusi kapsyen gambar yang dikongsi bahawa  kegembiraan baru buatnya sudah dilahirkan.

IKLAN

Nubhan Dan Isteri Kini Bergelar Ibu Dan Bapa

Menurut sumber, puteri sulung Nubhan ini dilahirkan dengan berat seberat 3 kilogram secara normal dan nama yang menjadi pilihan untuk bayi mereka ini ialah Aafiya Kamilia.

IKLAN

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan cahaya mata secara normal malam tadi. Kami berharap zuriat ini membawa bahagia dalam kehidupan kami.

“Doakan bayi kami sihat dan membesarkan dengan baik,” ujarnya.

Terpancar keceriaan di wajah kedua-dua ibu dan bapa ini tatkala bergambar bersama puteri sulung mereka yang baru sahaja lahir. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini dan kami di MH Online mendoakan agar bayi mereka ini membesar dengan sihat serta menjadi pelengkap kebahagiaan dalam keluarga mereka.

Untuk info, Nubhan dan isterinya Afifah telah selamat disatukan pada 29 Ogos 2015 dengan hantaran sebanyak RM20,000 kepada pihak pengantin perempuan dan disertakan juga dengan lima dulang hantaran.

IKLAN

Selain itu, Nubhan yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan ini mula dikenali selepas dia menyertai program nyanyian Akademi Fantasia musim ke keenam yang bersiaran di saluran Astro. Dia berjaya menduduki tempat ketiga dalam musim tersebut.

Sumber: Instagram Nubhan & Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI