Syarikat media, NU Ideaktiv Sdn Bhd (NU Ideaktiv) dan Enrichment Media Lab (EML) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyediakan lebih banyak ruang dan peluang untuk segmen pengiklanan media bagi memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada Khamis.
Ketua Pegawaai Eksekutif NU Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, dengan termeterai kerjasama itu, EML akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS.
“Agensi media itu berpengalaman dalam pelaksanaan projek skala besar dan sederhana, banyak kerjasama yang telah dijalinkan dengan jenama terkenal dalam perniagaan PKS.
“Melihat kepakaran EML dalam segmen industri pengiklanan dan pengetahuan mereka terhadap strategi pemasaran PKS, ini satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv berkolaborasi untuk menguasai segmen pengiklanan media PKS,” katanya ketika berucap pada majlis Menandatangani MoU antara NU Ideaktiv dan EML yang diadakan di Shah Alam, Selangor.
Menurutnya, pengiklanan itu melibatkan industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan serta bimbingan.
Ads
Sementara itu, Pengarah Urusan EML, Ashraf Nasir berkata, pihaknya akan memperhalusi dan meneliti setiap harta intelek (IP) di bawah NU Ideaktiv.
“Kita akan lihat kelebihan dan cabaran yang ada untuk bantu melonjakkan jenama dan pasaran PKS.
“NU Ideaktiv mempunyai idea yang hebat, tetapi daripada segi PKS pula, mereka memerlukan pendekatan atau pengiklanan dengan cara yang berbeza kerana perniagaan dalam dunia maya ketika ini sangat kompetitif.
Ads
“Jadi kami berperanan menghubung kaitkan kelebihan IP NU Ideaktiv dan keperluan PKS untuk menjalinkan satu kolaborasi daripada segi pengiklanan dan penjenamaan,” tambahnya.
NU Ideaktiv merupakan syarikat media usahasama Astro dan Karangkraf telah ditubuhkan secara rasmi pada Mei 2018. Sebelum ini dikenali sebagai Grup Majalah Karangkraf, NU Ideaktiv memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam industri media dan peneraju dalam kandungan media berbahasa Melayu.
Ads
Memahami keperluan masyarakat Malaysia dan Nusantara yang berasal dari akar yang sama, NU Ideaktiv menawarkan kandungan 360 platform menerusi media digital, media sosial, TV, radio, media cetak eksklusif dan aplikasi.
Manakala, Enrinchment Media Lab merupakan agensi media dan penasihat jenama yang pakar dalam idea, konsep dan kajian perniagaan relevan. Berpengalaman dalam pelaksanaan projek skala besar dan sederhana dan kerjasama jenama terkenal dalam perniagaan SME.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, selepas sambutan amat mengalakkan penonton menerusi drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2, lalu ramai yang memberi reaksi agar drama tersebut diteruskan untuk musim terbaru.
Lalu, Liza Abdullah menjelaskan, perkara tersebut masih dalam perbincangan dan tiada kata muktamad daripada syarikat produksi mengenai perkara tersebut setakat ini.
Bintang senior itu yang memegang watak Mak Leha bagaimanapun positif sekiranya ia diteruskan untuk naskhah seterusnya.
“Disebabkan sambutan 7 Hari Mencintaiku musim yang pertama sampai kedua dengar ura-ura nak sambung musim ketiga tapi mungkin lagi dua tahun.
“Tapi dua tahun tu makan masa mungkin selepas keluar novel yang ketiga. Jadi mungkin selepas itu baru ada tapi kita tak tahu lagi.
“Kalau diberi peluang untuk pegang lagi watak Mak Leha, harap-harap dapat karakter atau watak yang lebih baik supaya dapat memberi kesan yang baik pula kepada penonton,” katanya kepada MH.
Selain Liza, drama 7 Hari Mencintaku 2 turut dibintangi pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Wan Sharmila, Kazar dan ramai lagi.
Pada musim kedua, drama hebat ini telah berjaya meraih sebanyak 12 juta penonton sepanjang 33 episod disiarkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Ayda Jebat yang diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) menerusi kostum Betta Fish yang dipakainya.
Membawakan lagu Titanium nyanyian asal David Guetta ft Sia, Betta Fish berjaya menewaskan kemaraan empat maskot lain untuk bergelar juara.
Untuk segmen kedua duet bersama artis jemputan pula, Betta menyampaikan lagu berjudul Salam Terakhir bersama Marsha Milan.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat membawa pulang hadiah sebuah trofi seperti mana mengikut format negara-negara lain.
Tempat kedua dimenangi oleh Nyoq Muda atau Syamel manakala kostum Piza Panas yang dipakai oleh Han Byul menduduki tempat ketiga.
Dewi Angsa iaitu Mimi Fly di tempat keempat danBrokoli yang disarung Hael Husaini di kedudukan kelima.
Sementara itu, Ayda di Instagram berkongsi dedikasi kemenangannya.
“Sayalah Betta Fish. Alhamdulillah! Betta Fish nombor syahtu. Tried my best to kelirukan juri and penonton berminggu-minggu dengan macam-macam jenis suara dan character.
“Berjaya! I love you Betta Fish! Thank you semua,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Di dalam hantaran sama, penyanyi lagu Mata itu turutmenunjukkan cara memakai kostum berkenaan dan turut dilihat sebak hingga menitiskan air mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Sherry Ibrahim turut terlibat sama menjalani penggambaran bersama pelakon, Shaza Bae bagi sebuah drama rantaian berjudul Jangan Ganggu Jodohku.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim ada memberi pujian terhadap sikap pelakon berusia 25 tahun itu ketika di set.
Sebagai pendatang baru dalam dunia hiburan, Sherry menyifatkan Shaza sebagai pendatang baru berdisiplin dan menhormati orang sekeliling.
Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun ini berharap agar Dewi Remaja 2019/20 itu untuk sentiasa mengekalkan sikap positif berkenaan.
“Proud of my baby girl @shazabae_ sebab antara artis baru yang penuh dengan disiplin dan sangat menghormati orang sekelilingnya. Keep it up Shaza & stay humble always!,” tulis Sherry.
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...