“Now Until Forever,” – Zahirah Pula Muat Naik Gambar Sama Aiman Hakim, Ada Bunga-Bunga Cinta?

Share

Desas-desus mengenai hubungan cinta yang baru terjalin di antara pelakon Aiman Hakim Ridza bersama aktres cantik, Zahirah MacWilson bagaikan sahih apabila awal hari ini, pelakon wanita berkenaan pula memuat naik gambar mereka berdua.

Zahirah membuat posting berkenaan menerusi Instagram miliknya, iaitu foto sama yang dimuat naik Aiman semalam.

Sementara menerusi ruangan kapsyen, pelakon J Revolusi itu menulis ayat yang bagaikan sudah memberi bayangan wujudnya ikatan cinta di antara mereka.

“Now until forever, InsyaAllah,” tulis Zahirah sambil di susuli dengan tanda palang #ZahirAH.

Sehingga kini, kedua-duanya belum memberikan jawapan konkrit mengenai hubungan di antara mereka.

Bagaimanapun menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen menyambut baik hubungan di antara dua bintang berkenaan. Malah, ada juga rakan artis yang turut memberikan dedikasi sama.

Sebelum ini menerusi BH Online ada melaporkan Zahirah dikatakan terpaut hati dengan Aiman bermula di laman sosial.

Menurut sumber itu lagi, bintang cantik itu juga menunjukkan sikap mengambil berat terhadap Aiman dengan menghantar makanan kepada aktor berkenaan.

Foto: Instagram Aiman/Zahirah

 

IKLAN