
Rasanya netizen pun dah sedia maklum mengenai hubungan rapat yang terjalin antara usahawan yang kini bergelar penyanyi, Sajat dengan bintang Instagram, Mohd Tishrin Mohd Adnan atau lebih sinonim dengan panggilan Coach Yin.
Kurang sejam lalu, penyanyi Makhluk Penggoda itu ada memuat naik entri yang difahamkan berkait rapat dengan ulang tahun pertama di antara keduanya.
“7/5/2017 first time kami berjumpa. Now dah setahun perkenalan saya dengan awak @coach_yin 7/7/2018. Saya sayang awak,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang tarikh ulang tahun mereka.
Bagaimanapun, rata-rata netizen memberikan komen sinis terhadap entri berkenaan dan ada di antara komen tersebut turut dibalas pengasas kosmetik terbabit.
Foto: Instagram Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI