Kelibat Nora Quoirin, 15 sehingga kini masih belum ditemui dan pasukan penyelamat masih giat menjalankan operasi pencarian.

Fasha Sandha turut meluahkan keprihatinan dan memuat naik poster memohon bantuan netizen agar turut sama menyumbang tenaga dan membantu pencarian remaja tersebut.

Lebih menyayat hati, menerusi perkongsian pelakon ini, misi pencarian diteruskan dengan menggunakan suara ibu mangsa, Meabh Jaseprine Quoirin yang mengatakan “Nora sayang. Ibu sayangkan awak. Ibu di sini”.

“#prayfornora. Sesiapa yang berada di seremban dan berjumpa Dengan Nora, mohon hulurkan bantuan , Tolong!

IKLAN

Semoga Nora dapat ditemui dalam keadaan selamat, Amin @aqidahazizi #noraannequoirin,” tulisnya.

IKLAN

Terdahulu remaja berasal dari Ireland ini dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu di resort di Pantai, Seremban dipercayai meninggalkan bilik penginapan.

IKLAN

Pihak polis menyifatkan kawasan sekitar resort yang diselubungi hutan tebal menyukarkan pasukan penyelamat mengesan keberadaan remaja terbabit.

Penduduk setempat pula mengaitkan kehilangan remaja perempuan itu dengan kehadiran makhluk halus.

Foto : Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI