Pasti ramai yang gemar mendengar lagu Dipersimpangan Dilema nyayian Nora Ariffin bukan?

MH difahamkan lagu yang pernah mencetuskan fenomena tersendiri ini dikatakan akan dinyanyikan semula oleh penyanyi seberang.

Menurut Nora, lagu tersebut telah dinyayikan semula oleh Terryana Fatiah atau lebih dikenali Terry Shahab.

Buat pengetahuan semua sebelum ini, penyanyi Krisdayanti juga telah menyanyikan lagu tersebut dalam versi dangdut.

IKLAN

Malah, Nora turut mengakui terharu apabila lagu hitnya ini telah dinanyikan semula oleh penyanyi terkenal Indonesia itu.

“Terharu bila lagu hit saya, Dipersimpangan Dilema telah dijadikan single dan dinyanyikan semula oleh penyanyi muda yang sangat berbakat dari Indonesia, Terry. Selepas Kris Dayanti dalam versi dangdut.” Ujar Nora

Terharu….bila lagu hit saya, DIPERSIMPANGAN DILEMA telah dijadikan single & dinyanyikan semula oleh penyanyi muda yg sgt berbakat dari Indonesia…Terry…..selepas Kris Dayanti dalam versi dangdut. Hebat!!!! Lagu komposer Malaysia, Arwah Adnan Abu Hassan, lirik oleh Elyna& Amran omar dihargai….masih segar didengar & masih relavant walaupun usia lagu sudah mengjangkau 25 tahun, iaitu dari album pertama saya. Lagu inilah yg telah membawa saya ke industri muzik bermula dari 1991 bersama @warnermusicmy hingga kini.? Alhamdulilah saya masih ada dan masih lagi sering menyanyikan lagu ni sebagai LAGU WAJIB saya disetiap persembahan. Syukur Ya Allah, kerana masih diberi peluang utk mencari rezeki. Terima kasih buat semua peminat IG yg infrm saya ttg lagu ni…??? Al- Fatihah to Adnan Abu hassan. BUAT SEMUA PEMINAT, jom follow IG @teamnoraariffin ❤️❤️❤️❤️❤️ @darrenchoy1 @warnermusicmy

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Sedia maklum lagu tersebut ciptaan arwah suaminya sendiri, Adnan Abu Hassan. Pasti nilai sentimental lagu tersebut begitu mendalam buat Nora.

IKLAN

Menurut Nora, lagu tersebut kini sudah 25 tahun dan merupakan lagu dari album pertamanya, Sandiwara yang membawa dirinya dalam industri muzik pada tahun 1991 bersama Warnermusicmy sehingga kini.

“Lagu inilah yang telah membawa saya ke industri muzik bermula dari 1991 bersama @warnermusicmyhingga kini.”

 

 

”Alhamdulilah saya masih ada dan masih lagi sering menyanyikan lagu ni sebagai lagu wajib saya disetiap persembahan. Syukur Ya Allah, kerana masih diberi peluang untuk mencari rezeki.”

Terdahulu, kecoh apabila anak sulung Nora, Mohamad Syakir Iman Johan mendakwa lagu ibunya telah diciplak tanpa kebenaran dan akhirnya Sony Music Malaysia tampil memberi maklum balas mengenai hak lagu tersebut.

IKLAN

Lagu tersebut telah mendapat Hak Rakaman dari Warner Music Malaysia dan diterbitkan oleh Happy Music Publishing Sdn Bhd. Sony Music Entertainment Indonesia telah mendapat pelepasan daripada HAPPY MUSIC PUBLISHING untuk menggunakan dan atau merakam semula lagu tersebut.

Okay jom MH kongsikan lagu Dipersimpangan Dilema yang telah diberi nafas baru. Apa pun original song tetap diminati ramai dan tidak akan malar kan? Atau mungkin Nora dan Terry boleh berduet?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI