Susulan kecaman dan kritikan yang diterima penyanyi Nita Hamzah berkenaan dengan busana perkahwinannya yang dikatakan terlalu seksi di bahagian dada daripada segelintir netizen, bekas naib juara program Malaysian Idol 2 itu memuat naik gambaran sebenar perincian baju nikahnya.

Diambil dari jarak dekat, entri video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya beberapa jam lalu itu sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa persalinan ilham pereka terkenal, Calvin Thoo itu terlalu seksi dan tidak sesuai dijadikan sebagai baju nikah.

Apa yang pasti, bahagian dada pada persalinan polos putih berkenaan berlapik dengan alas kain rona kulit.

IKLAN

Nita Hamzah Bagi Teguran Pedas Buat ‘Si Mulut Jahat’ Yang Kata Baju Nikahnya Seksi!

“NIKAH itu suci .. kita x BODOH nak buat baju yg menjolok mata or “only ‘dirty’ minds will see it as a sexy dress !!!. Costing of this dress is RM18,000 xkan lah saya nak buat baju yang x cukup kain… am i right @calvinthoo.

 

“So kepada sesiapa yang tidak mahu menambahkan dosa, jangan baca dan jangan lah tengok apa apa berkenaan dengan saya ye…,”tulisnya.

Nita Hamzah Bagi Teguran Pedas Buat ‘Si Mulut Jahat’ Yang Kata Baju Nikahnya Seksi!

IKLAN

Nita dan pasangannya, Mohd Fareez Shamsul Bahari selamat diijabkabulkan pada 29 April lalu dengan sekali lafaz. Terdahulu, pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan pada 13 Ogos 2017.

IKLAN

Foto: Instagram Nita Hamzah

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI