Pelakon meningkat naik, Nik Rifaie menafikan dakwaan yang mendakwa dirinya menggunakan aplikasi ‘dating’ untuk memikat wanita dan mengajak mereka melakukan perkara tidak senonoh.
Menurut Nik, dakwaan tersebut sememangnya tidak berasas dan dibuat tanpa usul periksa untuk memburukkan namanya.
“Sejujurnya saya sangat sibuk dengan penggambaran. Bila anda tunjukkan kepada saya video tersebut, baru saya tahu. Saya ingin jelaskan, individu yang dimaksudkan itu bukanlah saya.
“Lagipun, dalam video berkenaan tiada disebut pun nama saya. Dia hanya menyebut salah seorang anggota ‘running group’ popular.
“Seperti kita tahu, running group yang sedang popular ketika ini adalah Challo Run. Saya pula memang aktif dengan kumpulan tersebut. Bila group ini viral, secara tidak langsung nama saya terpalit sama.
“Ruangan komen terbuka kepada semua orang. Saya sendiri tak tahu kenapa nama saya dipetik,” katanya kepada MH.
Ads
Nik berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Rahsiamu Selamat Denganku yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, Nik turut memaklumkan dirinya tidak pernah menggunakan sebarang aplikasi mencari jodoh kerana merasakan ia bukan cara yang sesuai untuk mencari pasangan.
“Saya tahu sekarang banyak sahaja aplikasi cari jodoh seperti Tinder. Umur saya pun dah 26 tahun jadi saya tahu saja aplikasi-aplikasi seperti itu.
“Tapi untuk mencari jodoh di tempat-tempat seperti itu saya rasa kurang sesuai.
Ads
“Bagi saya kalau nak mengenali seseorang itu lebih baik kita jumpa secara depan mata. Lebih senang nak berkenalan dan bersembang,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nik menyedari terdapat akaun palsu yang menggunakan gambar dan namanya untuk mengambil kesempatan dengan berniat jahat.
“Ada sahaja orang yang menggunakan nama dan gambar saya untuk membuat akaun palsu. Tapi apa yang saya boleh kata, saya memang tak ada aplikasi-aplikasi tersebut.
Ads
“Saya tahu banyak sahaja akaun palsu di media sosial. Orang boleh guna nama dan gambar kita sewenangnya.
“Sekiranya ada yang menggunakan kesempatan ini untuk berniat jahat, tak bestlah. Orang lain buat jahat, kita yang kena. Saya sudah menjadi seperti kambing hitam pula,” katanya.
Sebelum ini, tular video pempengaruh di TikTok berkongsi kisah daripada pengikutnya yang mendedahkan salah seorang ahli kelab larian terkenal mengajaknya melakukan perkara tidak baik.
Menerusi perkongsian cerita itu, individu itu mendakwa dia mengenali ahli kelab larian itu menerusi aplikasi mencari jodoh.
Malah menerusi ruang komen perkongsian itu, ramai netizen memetik kelab larian ‘Challo Run’ dan juga nama Nik Rifaie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan pendapatnya selepas ditanya susulan masih ada golongan yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Malah pelbagai pendapat dan pandangan diberikan netizen, lebih-lebih lagi apabila ada selebriti yang lantang bersuara dalam mempertahankan pendirian masing-masing di media sosial.
Siti berpendapat, pengambilan vaksin disifatkan sebagai usaha atau ikhtiar dalam memastikan keadaan kesihatan keluarga serta anak-anaknya lebih terjamin pada masa akan datang.
Katanya lagi, pengambilan vaksin juga dapat memberikan kelegaan untuk terus aktif bekerja memandangkan rutin kerjanya yang terpaksa berjumpa dengan orang ramai.
“Saya ambil vaksin sebab nak lindungi anak-anak saya (daripada jangkitan). Begitu juga dengan orang yang bekerja dengan saya. Tidak bermakna mereka yang enggan mengambil vaksin itu tidak sihat. Mereka ada cara mereka tersendiri.
“Masing-masing mempunyai hak terhadap proses berkenaan. Namun, saya hanya mahu berasa lega untuk meneruskan kerja-kerja saya dalam bidang seni,” katanya.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Dan Sidang Media Simplysiti yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dia bagaimanapun tidak akan bertanya kepada individu yang ditemui sama ada telah menerima vaksin atau sebaliknya.
“Apabila sudah mula bekerja, saya tidaklah bertanya adakah seseorang itu sudah vaksin atau belum. Saya percaya, mana-mana produksi atau stesen televisyen sudah pun mempunyai garis panduan sebelum mengelolakan sebarang program.
“Saya juga yakin, stesen televisyen juga sangat menitik beratkan tentang prosuder operasi standard (SOP) dan setiap artis harus mengikuti SOP yang telah ditetapkan,” katanya lagi.
Sementara itu penyanyi Anta Permana ini mendedahkan, semua pekerjanya, baik di rumah mahupun di pejabat sudah selamat menerima vaksin.
“Staff rumah dan staff office semua saya hantar untuk dapatkan suntikan vaksin. Sebenarnya, kita mahukan yang terbaik dan selebihnya kita berserah kepada Allah SWT.
“Kalau dah ditakdirkan dijangkiti walaupun sudah menerima vaksin, itu merupakan ketentuan-Nya dan kita harus reda seadanya,” katanya lagi.
Pada majlis sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memperkenalkan duta baharu jenamanya, Zahra Zura Aziza Zahanor.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Coach Yin atau nama sebenarnya, Mohd Tishrin b Mohd Adanan dilaporkan telibat dalam kemalangan kecil.
Kecelakaan jalan raya yang menimpa teman kepada ushawan kosmetik, Sajat ini difahamkan berlaku ketika dia dalam perjalanan ke Cameron Highland, pagi semalam.
Malah, Yin turut berkongsi sedutan video menerusi Instagram.
Menerusi foto dan video yang dikongsikan, kelihatan seperti usahawan ini mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanannya.
Bagaimanapun, Coach Yin tidak memberikan gambaran jelas mengenai kecederaan yang dialami, hanya membuat naik gambar motorsikal kuasa tinggi yang turut mengalami kerosakan.
“Assalamualaikum,kepada y ad wssp sy,Jika sy xde memberi respon sy mintk maaf kerana pagi smlm sy terbabit dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke cameron highland.
“Terima kasih kepada semua sahabat sy BRADERS MC kerana dari pagi sampai ke ptg menguruskn keadaan sy,jasa anda tetap sy akn ingt smpai bila2.
“Tanpa anda kemarin ntah bagaimana keadaan sy,,kpd syg @ajramjat02 ,sy kt sini ok,in sha allah mudah2 keadaan sy akn bertambah baik,” tulisnya.
Rata-rata pengikutnya di Instagram turut mendoakan agar dirinya kembali sembuh seperti sedia kala.
Foto: Instagram Coach Yin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Assalamualaikum wbt nama saya Mohd Hafiz Bin Mohd Suip well known as hafizsuip in this world (bukan semua kenal pun).
“But hafizsuip really sorry for what he had done to you gaiss if let say kecik hati, tersalah cakap, dan sebagainya yang ada dendam yang tersimpan selama ini maafkan saya.
“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng..tapi hakikatnya saya takut Azab Allah SWT di mana satu hari apabila saya mati saya akan dihisab,” tulisnya.
Dalam pada itu, Hafiz turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak meletakkan kebergantungan kepda manusia sebaliknya berilah sepenuh pengharapan kepada Allah SWT.
“Gaiss saya tak da lah mintak lebih cuma doakan yang baik dan saya mintak kalian bermodalkan 5min ja..ada masalah 2 rakaat mintak ngan Allah itu ja…jangan harapkan makhluk.
“Maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun…sebab yang menggerakkan kita Dia jugak..InshaAllah hati tenang pasti jumpa solusi,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Hafiz serta keluarganya.
“Semoga terus beri manfaat bang. Tiada daya dan upaya melainkan diriNya.
“Awak budak baik. Mesti ramai yang doakan awak. Moga awak dengan family dilindungi dan diberkati Allah SWT.
“Dari AF saya antara salah seorang peminat awak. Kami semua doakan yang baik-baik untuk awak. Sebab awak orang yang baik dan tak sombong. Semoga awak terus dirahmati Allah SWT,” antara komen-komen netizen di ruangan komen.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Hafiz Suip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sweet Qismina menegur sikap segelintir warganet yang lantang menyokong kempen anti buli terhadap insiden menyayat hati yang menimpa arwah Zara Qairina.
Tetapi dalam masa...