Beberapa posting yang dimuat naik usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida di Instagram miliknya mengundang perhatian daripada netizen.
Meski ramai memuji persalinan yang digayakan, namun kali ini saiz bibir penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini turut menjadi buah mulut pengguna media sosial.
Bintang versatil Elly Mazlein menjelaskan suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh memahami kerjaya serta komitmennya di dalam mengendalikan sesebuah rancangan termasuk Gegar Vaganza musim terbaharu.
Menurut Elly, 42, dia tidak pernah lupa untuk memberitahu dan berkongsi apa yang dilakukan kepada suami sepanjang tempoh bekerja.
“Sebelum keluar rumah, saya beritahu suami yang saya bekerja. Asalkan kita tak melebih, menyentuh dan sebagainya. Saya tahu rakyat Malaysia pun faham saya memang begini, tapi tidaklah melebih-lebih.
“Kita kena faham penonton yang tonton seisi keluarga. Kita hanya mahukan adanya elemen sikit-sikit ‘ketawa gedik’ di situ, tiada niat apa-apa. Yang penting saya sendiri tahu batas, saya pun bersuami,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai dakwaan segelintir penonton yang menyifatkan dirinya yang ‘keluar masuk’ pentas ketika peserta sedang membuat persembahan sebagai mengganggu, ini katanya;
“Saya tidaklah beri penjelasan panjang lebar di media sosial berkenaan perkara tersebut. Sebab ada di kalangan penonton yang berkongsi paparan video penuh yang mungkin penonton di rumah tidak nampak.
“Jadi tak payahlah buat apa-apa kenyataan, lama kelamaan nanti orang akan tahu juga. Malah Jac pun ada berikan penjelasannya juga sebelum ini,” jelas Elly yang kini turut bergelar penyampai radio Era mengendalikan segmen Carta 40 Era setiap Sabtu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hos terkenal Datuk Aznil Nawawi mengulas mengenai cara pengacaraan bintang versatil, Elly Mazlein di program realiti hiburan, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).
Aznil yang sinonim disapa Pak Nil berpendapat, Elly yang bersikap ‘agresif’ ketika mengacarakan GV9 di samping Nabil Ahmad memberi satu kelainan buat rancangan hiburan tesebut.
“Elly Mazlein ialah seorang yang mewarnakan pentas. Kita kena fikir bahawa selama hari ini, Elly Mazlein nampak sebegitu dan dia agak agresif di pentas Gegar Vaganza. Bila dia agresif di situ, dia memberikan satu kelainan.
“Dan kelainan ini memang agak sukar untuk cari, terutamanya bagi mereka yang masih bergiat dalam bidang pengacaraan, nak tukar kepada pentas baru nak cari kelainan memang sangat susah.
“Tapi Elly Mazlein berjaya melakukannya. Sebab kalau kita tengok dalam MLS (Muzikal Lawak SuperStar) wataknya agak lain. Begitu juga dengan Ceria Pop Star. Tetapi di sini (GV9) dia agak agresif,” katanya.
Pak Nil berkata demikian menerusi sedutan video yang dikongsikan pengguna TikTok.
Menerusi video sama, Pak Nil antara lain akui sisi perbandingan juga akan diperkatakan.
“Jangan takut dengan perbandingan oranglah. Orang akan bandingkan dengan Jihan, dengan Nabil malah dengan sesiapa pun. Jangan takutlah. Sebab inilah dia pertaruhan dan percaturan.
“Cuma sekarang ini ialah kita yang menonton ni selama ini kita ada rasa macam… jangan terlalu gedik, lancang, banyak sangat yang ‘jangan terlalu’. Tapi awak berjaya Elly, membuat orang terima dengan cara awak yang dikatakan terlalu itu, awakinsan terpilih.
“Dan kekalkan ‘branding’ awak itu. Tapi awak kena berdepan jugalah dengan mereka yang akan mengeluarkan kritikan dan rasa tak puas hati. Dalam kerjaya, awak akan ada orang yang menyokong dan ada yang tidak gemar dengan cara awak.
“Awak beruntung sebab orang yang suka awak ini, akan datang membantu awak untuk mempertahankan awak. Selagi ada orang mempertahankan awak, awak akan jadi orang yanf selamat,” katanya lagi.
Terdahulu, ramai yang memberikan komen terhadap energi yang dibawa Elly ketika mengendalikan Gegar Vaganza kesembilan (GV9).
Kelincahannya dari awal hingga akhir program bersama aksi spontan menerima reaksi pelbagai di kalangan para penonton.
Nabil menerusi MH menyambut baik keberadaan Elly di pentas GV9 menggantikan Jihan Muse yang kini sedang berpantang selepas selamat menimang anak kedua, bulan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular, Mira Filzah akhirnya berkongsi wajah penuh putera sulungnya, Wan Khai Amir buat tatapan para peminat.
Perkongsian yang turut dikongsi suaminya, Wan Emir Astar itu dibuat di dalam sebuah hantaran terkini di akaun Instgaram masing-masing.
Sambil menitipkan doa yang baik-baik buat anak tersayang, pasangan ini turut mencoretkan kata sayang yang tiada hujungnya.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air.
“Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu,” tulis mereka.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat yang sama-sama teruja turut menitipkan doa yang baik-baik buat Mira seisi keluarga.
Malah tak kurang yang mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan selain memuji kecomelan wajah anaknya itu.
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.