
Penampilan terbaharu penyanyi Aizat Amdan di sebuah konsert baru-baru ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.
Menerusi satu video yang dikongsikan pengguna TikTok, Aizat, 33, dilihat sedang menghiburkan pengunjung dengan lagu ‘berhantunya’, Hanya Kau Yang Mampu.
Namun, rata-rata netizen dilihat lebih memberikan fokus terhadap perubahan bentuk tubuh Aizat yang kini kelihatan sedikit berisi.
Menurut netizen, bentuk badan penyanyi itu kini sudah kembali kepada asal, namun tidak kurang juga ada yang beranggapan Aizat kini sedang bahagia meniti kehidupan sebaik diijabkabulkan pada Ogos lalu.
“Badan dia dah naik macam mula-mula masuk AF dulu.
“Ni betul-betul Aizat yang ori.
“Aizat back to old Aizat.
“Comel macam kat AF.
“Happy Aizat lepas dah kahwin.
“Semua mengalami kenaikan berat badan during PKP. Apa mahu hairan, yang penting Aizat happy dan sihat,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Aizat mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Elyssa Alia Illias, 34, pada 14 Ogos lalu di A Park, Puchong, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Wanita Berkarier Dan Berduit, Tak Senang Untuk Kita Lalui Fasa Perkahwinan,” – Jaga Hati Pasangan, Pesan Nabila Buat Neelofa

Noor Nabila ada menitipkan nasihat buat adiknya, Neelofa yang masih belum mendirikan rumah tangga.
Jelas Nabila yang telah pun berpisah dengan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad pada 9 Julai lalu mendedahkan, dia ada menasihatkan adiknya itu agar meletakkan suami di hadapan, andai selepas ini bergelar isteri.
“Saya ada beritahu kepadanya, jangan lakukan kesilapan sebagaimana yang saya pernah lakukan sebelum ini dalam perkahwinan.
“Sebagai seorang wanita berkejaya, karier dan berduit ni… Tak senang untuk kita lalui fasa perkahwinan. Perlu letakkan suami itu ke depan.
“Akan tetapi dalam pada proses nak meletakkan suami di hadapan kita itu, perlu fikir macam mana nak put your husband first.
“Sebab bila kita berkejaya dan mempunyai wang ringgit, cara untuk uruskan perkahwinan itu menjadi lain. Kita perlu letakkan lebih usaha di situ,” jelas Nabila kepada MH.
Malah, usahawan itu turut mendedahkan, seseorang wanita bekerjaya yang sudah berkahwin juga perlu utamakan seterusnya menjaga hati suami.
“Tidak boleh buat itu ini, bimbang nanti suami akan terasa. Macam mana nak uruskan hal tersebut. Tak boleh ‘main hentam’ sahaja.
“Misalnya macam mana saya mahu belikan satu beg tangan ini, tanpa perlu buatkan suami terasa kerana kita beli dengan wang sendiri. Lebih kurang macam tulah.
“Jadi kita perlu fikir daripada segala sudut. Setiap apa yang kita sebagai isteri buat, pasti akan beri efek kepada suami. Itulah yang saya beritahu padanya.
“Tolonglah jaga, walau kita mampu atau apa pun, suami perlu diutamakan. Kena jaga hati suami,” katanya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Noor Nabila (@noornabila) on
Terdahulu, Nabila dan Sharnaaz sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.
Nabila ditemui selepas meraikan kejayaan Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara bagi Lancome, sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu baru-baru ini di One Utama, Damansara.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nabila Huda Sebak Terkenang Cinta Pertama, Terpaksa ‘Kongsi Kasih’ Dengan Anak

Drama tak? Komen Nabila Huda apabila memuat naik foto suami bersama anaknya, Keisha Laila.
Nabila melalui kapsyen yang ditulis meluahkan kata-kata cinta kepada suami, Mohd Izwan yang begitu memahami dirinya.
View this post on InstagramA post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
Malah, luahan itu dibalas oleh si suami dengan ayat romantik. Alaaa sweetnya.
‘Sumpah gua sayang sama lo dunia akhirat.’
Rakan selebriti lain turut meninggalkan komen mendoakan pasangan ini terus bahagia.
Nabila Huda dan suami diijabkabul pada 25 Disember 2015.
Sebelum ini, dia mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila, 8.
Foto : Instagram Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Ini Tak Berkesempatan,” – Daniel Fong Nak Belajar Puasa, Terinspirasi Dengar Dr Soo Wincci Beri Galakan

Pelakon Daniel Fong atau nama sebebarnya, Daniel Fong Weng Chuan mendedahkan dia terfikir untuk berpuasa pada bulan Ramadan sebagai salah satu cara menghormati budaya serta gaya hidup masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini.
Menurut Daniel, 30, dia sudah merancang berbuat demikian dan turut mendapat galakan daripada rakan artis berbangsa Cina, Dr Soo Wincci yang sinonim berpuasa sepanjang Ramadan.
“Sebelum ini belum berkesempatan untuk berpuasa. Memang nak cuba pada minggu kedua Ramadan selepas pulang dari Jepun atas utusan kerja bersama ibu saya.
“Lebih-lebih lagi ketika ini saya banyak bergaul dengan orang Melayu di set penggambaran dan ramai yang berikan motivasi untuk mencuba.
“Malah Dr Soo Wincci sendiri berikan galakan kepada saya memandangkan kami sama-sama terlibat dalam sebuah projek drama baru-baru ini.
“Terinspirasi bila dia berkongsi setiap tahun cuba berpuasa meski dia bukan beragama Islam. Kita tidak akan dapat merasai pengalaman itu kalau tidak cubanya sendiri.
“Bagi saya tidak salah untuk menghormati budaya serta gaya hidup orang lain. Kita pun tinggal dalam situasi berbilang kaum dan ia sesuatu yang menarik,” katanya.
Pelakon drama Bintang di samping Ruhainies ini ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Ramadan Raya Seindah Kasih TV3 yang bakal mengisi hari-hari penonton dengan pelbagai program bermanfaat sepanjang Ramadan di Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.
Dalam pada itu, anak tunggal di dalam keluarga ini menambah, dia terharu atas penerimaan positif peminat setakat ini sehingga diberi peluang menggalas watak utama buat pertama kali di dalam naskhah drama bersiri.
“Sebelum ini saya pernah bawa watak utama dalam tele-filem seperti Bella Bila Cinta Bersatu dan Mualaf Ekspress, namun untuk drama bersiri, Bintang adalah pengalaman pertama.
“Jujurnya tidak mudah untuk menjadi pelakon, lebih-lebih lagi saya ialah pelakon berbangsa Cina yang bekerja dalam pasaran Melayu. Jadi perlu belajar daripada bawah seterusnya perbaiki lakonan daripada semasa ke samasa.
“Pada masa sama, saya tidak berat mulut untuk bertanya dengan rakan pelakon lain. Memang produksi Cina atau Melayu skop kerjanya lebih kurang sama, tetapi situasi itu sedikit berbeza dan saya kenalah sesuaikan diri,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI