Netizen Tanya Sebab Ternampak Helaian Rambut, Ini Jawapan Liyana Jasmay Bila Ada Kritik Pakai ‘Snowcap’

Share

Pelakon KAMI The Movie, Liyana Jasmay mendapat komen pelbagai dari netizen gara-gara mengenakan ‘snowcap’ saat berliburan di London.

Malah, aktres itu turut berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.

Lebih ‘hangat’ komen yang diberikan netizen apabila mereka ternampak seperti helaian rambut yang jelas kelihatan menerusi salah satu foto yang dimuat naik.

Tidak berdiam diri, Liyana dilihat turut memberikan reaksi terhadap apa sahaja komen yang diberikan netizen, sama ada yang baik dan sebaliknya, termasuk imej mengenakan snowcap hingga menampakkan helaian rambutnya.

Foto: Instagram Liyana Jasmay

IKLAN