Pelakon Adeline Tsen menyifatkan setiap kritikan netizen yang diterimanya menerusi media sosial, khasnya Instagram adalah sesuatu yang normal, kerana kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui latar belakang dirinya.

Akui bintang asal Sabah ini juga ketika dihungi MH memberitahu, mungkin kerana pendedahannya terhadap drama Melayu yang lebih meluas menyebabkan ramai yang memberi tanggapanan bahawa dia merupakan seorang muslim.

“Netizen Kritik Sebab Tidak Tahu Latar Belakang Saya,” – Reaksi Adeline Tsen Bila Dicop Sering ‘Payung Aset’ di IG

IKLAN

“Kalau orang mahu kritik, itu bukanlah masalah saya. Rasanya netizen kritik sebab tidak tahu latar belakang saya sebab saya sedar, mereka kecam kerana ingatkan saya muslim. Mungkin kerana saya sering berlakon di dalam drama dan ramai kawan Melayu menyebabkan mereka saya pun sama macam rakan-rakan lain. 

 

“Apa pun, saya hanya jadi diri sendiri. Jadi saya tidak ambil pusing sangat terhadap kritikan yang diterima,” katanya jujur.

Dalam perkembangan lain, Adeline juga memberitahu tahun ini merupakan tahun terbaik buatnya untuk fokus dalam nyayian, sekali gus mempromosikan single Nadiku yang sudahpun dilancarkan sejak dua tahun lalu.

IKLAN

“Netizen Kritik Sebab Tidak Tahu Latar Belakang Saya,” – Reaksi Adeline Tsen Bila Dicop Sering ‘Payung Aset’ di IG

IKLAN

“Pada peringkat awal, saya memang rancang untuk promosikannya lebih awal. Bagaimanapun, atas komitmen lakonan menyebabkan saya terpaksa tukar strategi. Jadi tahun ini adalah tahun untuk saya promosikan Nadiku.

 

“Tapi saya gembira kerana lagu ini juga pernah menjadi runut bunyi untuk drama juga,” katanya yang hanya akan kembali aktif di set penggambaran drama hujung tahun ini. Kalau ikutkan perancangan, saya hanya akan kembali sibuk menjelang Oktober depan kerana terlibat untuk produksi drama Cinta Non Grata,” akhirinya. 

“Netizen Kritik Sebab Tidak Tahu Latar Belakang Saya,” – Reaksi Adeline Tsen Bila Dicop Sering ‘Payung Aset’ di IG

Foto: Instagram Adeline Tsen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI