Sebelum Scha Alyahya berkongsi luahan dan tegurannya mengenai gaya rambut menerusi Instagram miliknya beberapa hari lalu, suaminya Awal Ashaari terlebih dulu ada memberikan komen terhadap krtikan melampau netizen berkenaan dengan potongan rambut isterinya itu.

Pada sambutan 1 Syawal, pengacara berkenaan ada memuat naik beberapa keping foto keluarga sempena Syawal dan pastinya, akan ada komen kurang sedap dari segelintir netizen.

Menerusi salah satu foto yang dimuat naik, ada individu yang mendakwa rambut cecah telinga yang digayakan isterinya itu kelihatan seperti orang tidak waras.

IKLAN

Lalu, Awal menerusi ruangan komen membidas kritikan negatif berkenaan dengan jawapan yang relak dan pro. Tulis Awal;

“Guys, chill. Baru bermaaf-maafan korang dah tambah dosa balik cakap macam-macam. It’s up to her lah her hair. She’s tired of having long hair, dia nak rambut pendek and sassy look, korang cakap macam-macam,” tulis Awal.

Pada masa sama, Awal turut mengakui Scha turut gemar dengan gaya berkenaan dan Awal menganggap stail tersebut sebagai suatu yang ‘cool’.

IKLAN

“If it’s not something yang you fancy, just keep quite. Yang penting tuan punya kepala suka. I think it’s kinda cool. Penat stylist datang rumah buat rambut, you all cakap macam orang gilalah, baru lepas mainlah.

 

“Gosh, attitude guys,” kongsinya sambil menyifatkan adalah lebih baik buat mereka di luar sana untuk tidak berkata apa-apa andai tidaj punya sesuatu yang baik untuk diperkatakan.

 

“If you dont have anything nice to say, just don’t say anything at all. I don’t think she need that two cents pun. Ok?” tulisnya lagi sambil disusuli dengan ucapan raya.

Sehingga kini, komen yang diberikan pengacara terbabit sudah pun mendapat hampir 5,000 tanda suka yang rata-ratanya menyokong apa yang diperkatakan Awal.

IKLAN

Foto: Instagram Awal Ashaari

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI