Netizen Jatuh Cinta Dengan Mata Adik Lelaki Neelofa

Sebut sahaja nama Neelofa, pasti semua sudah tahu tentang kecantikan yang dimiliki pelakon dan pengacara popular ini.

Kalau sebelum ini adik kepada Neelofa, Amira Khan hangat diperkatakan netizen mengenai isu imejnya yang dikatakan agak seksi, kali ini seorang lagi adik selebriti asal Kelantan itu menjadi perhatian.

Mohamed Faliq mula menjadi perhatian netizen apabila kakak kepada Neelofa, Noor Nabila telah memuat naik satu gambar Faliq bersama suaminya, Sharnaaz Ahmad di Instagram.

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Menerusi gambar tersebut, kami perhatikan rata-rata netizen memuji sepasang mata milik Faliq yang dianggap cantik selain memiliki bulu mata lentik mengalahkan perempuan.

Amboi, nampaknya ramai yang mula jatuh cinta dengan mata Faliq.

IKLAN

Malah, ada juga segelintir netizen yang mengatakan wajah Faliq mirip dengan Neelofa. Bila MH lihat betul-betul wajah Faliq memang tak dapat dinafikan wajahnya ada iras kakaknya itu.

kosmetik_kg_kilang: cantik Dan redup je Mata faliq..?

syafaarissara: Cantiknya mataaa… ???

tyaahhhhh_@syid4h__: those eyes. Fuhh lentik kalah perempuan.

si_tangan_koko: Makin lama makin handsome faliq nie…muka sebiji mcm neelofa

azu_zuraihah: Sebiji cm lofa ?

Jom kita tengok sikit gambar-gambar Faliq.

IKLAN

Bagaimanapun, MH tidak hairan memandangkan ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed sememangnya mempunyai darah kacukan Pakistan dan Arab.

Patutlah adik-beradik Neelofa semuanya cantik dan kacak kan? Bak kata pepetah Melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Sumber: Instagram Noor Nabila