Pengarah terkenal, Jinggo yang juga merupakan suami kepada pelakon popular, Sheila Rusly baru-baru ini telah memuat naik perkongsian di Instagram dengan menjawab dakwaan tentang kru produksinya yang didakwa tidak solat ketika di set penggambaran.

Dakwaan itu sebenarnya ditujukan kepada isterinya di media sosial oleh seorang individu menerusi media sosial namun Jinggo tampil menjawab dakwaan tersebut.

Individu itu bertanyakan kepada Sheila bagaimana dia solat ketika penggambaran kerana dia melihat semua kru yang terbabit tidak solat dan ketika azan berkumandang, kru tidak pergi ke surau untuk menunaikan solat.

Jinggo menerusi ruang kapsyen perkongsiannya ini berkata, tidak salah untuk memberikan komen namun harus tahu untuk menulis komen dengan betul supaya apa yang ditulis tidak jatuh fitnah.

IKLAN

” Bertanya itu boleh yeong.. tanya lah tapi kita kena tahu apa yang kita nak tanya sebelum kita menanyakan orang… komen itu boleh tapi kita kena tahu macamana nak menulis komen sebab usaha kita nak mengingatkan orang lain tapi komen kita pulak menfitnah orang lain.. niat nak buat pahala.. dosa lak yang dapat…

 

“Kalau Cameraman Tok Sidang tahu ni..confirm dorang akan melompat tanya awak.. mana kau tahu aku tak sembahyang?

 

“Cara awak menulis sudah menghukum.. kami kerja kejar masa…solat WAJIB kami carik masa…

 

“Awak kata azan berkumandang.. mana awak tahu kalau awak tak ada kat situ.. awak buat apa kat situ kalau awak tahu azan berkumandang? Kalau salah tulis… salah baca .. awak pon sama lah macam camerman camerman saya yang awak kata tak sembahyang tu… nampak tak sekarang apa jadi bila awak salah tulis orang lain salah baca… nampak tak dosa tercipta bila kita silap mencari pahala?

 

“Sebab itu Tok Sidang kata Think Positive Stay Positive!,” tulis Jinggo.

Rata-rata peminat Jinggo dan Sheila Rusly memberikan komen yang positif dan meminta untuk mereka bersabar dengan komen-komen sebegitu.

IKLAN

ladyazura29: Sabar dan bertabah lah sis @sheilarusly_jspictures dan tok sidang @jinggo_jspictures biasa lah sekarang akhir zaman manusia akan mencari salah manusia lain hingga mengaibkan manusia lain tapi dia tak sedar tanpa sedar ALLAH dah buka aib nya sendiri…NAUZUBILLAH MIN ZALIQ…

IKLAN

wawa.cu: Apa kebenda soalan mak ck or pk ck bwang ni?? X pelah tok sidang jnji kita dgn Allah swt seyyyjaa yg tahu.. ?

wax_organik_tak_sakit_rm30: Amboii..busy body nyaaa..sbok hukum org..sabar tok sidang..stay positive??

Sumber: Instagram Jinggo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI