Beberapa hari lalu, ‘atmosfera’ dunia hiburan tempatan kecoh bila sekeping foto mesra melibatkan pasangan hero heroin baru, Zul Ariffin dan Neelofa yang dimuat naik pengarah, Michael Ang menerusi laman Instagram (IG) miliknya.

Meski ramai yang tidak sabar menantikan drama rantaian baru berjudul Ti Amor Sweetheart 100 Hari yang dikatakan bakal mencipta fenomena baru itu, ada segelintir peminat yang kurang suka dengan foto berkenaan.

Masih melakukan penggambaran di Itali, aktor betubuh sasa itu bagaimanapun secara profesional tampil menjelaskan situasi sebenar. Zul Ariffin menerusi kenyataan yang dipetik dari IG miliknya mengakui rasa janggal apabila diminta berlakon seperti sudah sekian lama mengenali Neelofa, sedangkan masing-masing baru pertama kali digandingkan.

IKLAN

Netizen Dah Mula Cipta #ZuLofa, Tapi Zul Ariffin Akui Kekok Nak Lakon Babak Mesra Sama Neelofa!

IKLAN

 “So this is the actual situation on set, when two actors who may not be familiar with each other are placed in moments where they have to seem like they have known each other for years,” tulisnya.

Namun demikian biar rasa kekok, Zul berkata, pelakon seharusnya bersikap profesional seterusnya bertanggungjawab menggalas watak yang diberikan dengan baik.

IKLAN
 “It can be awkward, it can be slightly embarrassing but at the end of the day, it is all about being able to put something on screen which is not only sweet, believable and convincing to the audience but also being able to deliver the story that the whole team has worked hard to put together. 

“The actors have the opportunity to be seen on screen but every single shot depends on teamwork and how seamlessly we, as a team, present this story to you, the audience and the fans. We hope that you will enjoy the end result, “ tulisnya dengan disertai tanda palang #tiamosweetheart100hari.  

Terdahulu, drama tersebut turut didukung para pelakon lain seperti Scha Al-Yahya, Adam Shadan,Elvina Mohamad, Fahad Iman, Sharifah Shahora, Raja Afiq dan ramai lagi. Diilhamkan daripada versi novel karya Suri Ryana, para peminat yang tidak sabar turut memperkenalkan #ZuLofa, iaitu gabungan nama dua pelakon utama tersebut.

Foto: Instagram Zul Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI