Uncategorized

Netizen ‘Buat Kerja’ Cari Jenama, Harga Beg Tangan Dibawa Rosmah Ke SPRM!

Share

Kemunculan figura isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kembali menjadi perhatian ramai pada  pagi Selasa apabila diminta hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes melibatkan SRC International Sdn Bhd.

Selain mengikuti perkembangan isu berkenaan, nampaknya netizen Malaysia turut ‘berminat’ untuk mengetahui apakah jenama beg tangan yang dibawa bekas wanita pertama itu sewaktu hadir memberikan keterangannya ke suruhanjaya berkenaan.

Tular menerusi media sosial, ada netizen mendakwa beg rona merah cili yang dijinjit Rosmah adalah beg dari jenama antarabangsa, Gianni Versace berdasarkan rekaan dan bentuknya.

Difahamkan, harga beg berkenaan dianggar bernilai sekitar RM5,000, seperti mana yang dilihat menerusi paparan foto perkongsian di Twitter.

Menerusi posting berkenaan, Rosmah dikatakan menggunakan beg tangan dari jenama pereka asal itali itu yang berharga RM5,026.

Lebih menarik, koleksi yang dilancarkan sempena koleksi Musim Luruh 2013 itu turut menampilkan model terkenal Britain, Kate Moss untuk kempen jenama tersebut.

Dalam serbuan pihak berkuasa beberapa minggu lalu, lebih 280 kotak yang dipercayai berisi koleksi beg tangan mewah jenama mewah telah dirampas dari kondominium Pavilion Residence.

Hasil rampasan lain yang dirampas termasuk 72 beg berisi wang tunai pelbagai negara,jam tangan serta beberapa item berharga lain.

Foto: Carian Google

 

 

 

 

 

IKLAN