Bagi anda yang pernah menonton filem Tentang Bulan, sudah pasti mengenali dua pelakon filem terbabit yang kini sudah dewasa, Fatin Afeefa dan Erin Malek.
Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya, beberapa minggu lalu.
Menjengah di ruangan komen gambar tersebut, seorang individu ada meninggalkan komen terhadap ibu dua orang cahaya mata itu dan dilihat membandingkannya dengan rakan pelakon, Erin Malek.
Ads
“Mmmm…..nmpk lain…..rmbut tu leh je kan ttup bhgian dada tu…cam x sopan je nmpk…hmmm ttup la aurat skit…tdung dh x pkai…nk tayang dada plak.
“Btw, skang i ske erin malik…sopan sntun n mnutup aurat,” tulis individu itu di ruangan komen foto tersebut.
Ads
Lantas, pelakon berusia 25 tahun itu telah membalas komen bekenaan apabila komen terdahulu turut mendapat reaksi seorang pengguna lnstagtam lain.
Ads
“sayangku please dont compare or backbite here. she’s free to do whatever she wants, asalkan dia happy. dia pun kawan baik i..,” balas Fatin.
Tentang Bulan pernah ditayangkan pada tahun 2006, menggandingkan Fatin dan Erin bersama beberapa pelakon lain.
Foto: Instagram Fatin Afeefa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jutawan tudung yang juga pengasas jenama Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri tampil mewah menerusi persalinan adibusana ilham Faizuluziaf pada majlis hari bahagia anak lelakinya, Muhammad Zuhairi Syazwan, di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur, malam tadi.
Sinonim sebagai usahawanita yang sangat menitikberat barangan berkualiti tinggi dalam kehidupan sehariannya, Haliza turut menitipkan hal sama pada majlis raja sehari anak sulungnya itu.
Difahamkan, busana yang digayakan Haliza berharga lebih RM170,000 yang disulami dengan 72,000 butir manik Swarovski yang dibawa khas dari Austria selain fabrik yang digunakan adalah yang dibawa dari Eropah.
‘Cape dress’ yang menggunakan teknik ‘ruching’ draping ini juga mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan oleh pasukan RI Haute Couture.
Sementara itu, menantunya Sarah tidak kurang anggun apabila mengenakan persalinan gaun pengantin yang disulami dengan 189,936 butir permata Swarovski dalam tujuh jenis saiz pertama yang berbeza.
Malah, lima warna permata telah digunakan bagi menyiapkan gaun berkenaan iaitu crystal, crystal AB, aquamarine, light sapphire dan crystal moonlight.
Tampak eksklusif, Sarah cantik anggun mengenakan tiara khas dari Swarovski.
“Tiara yang dipakai Sarah sangat berharga bagi saya. Namun saya bertuah kerana Swarovski hadiahkannya kepada saya untuk dipakaikan kepada menantu. Syukur alhamdulillah,” kata Haliza.
Malah perkata tersebut pernah dikongsikan Haliza menerusi hantaran video di TikTok, baru-baru ini.
Tiara Swarovski dengan 233 kristal lutsinar itu direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang merupakan acara tari menari terkemuka Austria.
Seiring dengan statusnya, gaun pengantin rekaan Rizman Ruzaini itu pula berharga RM300,000.
Berkongsi mengenai kos keseluruhan sempena majlis raja sehari anak sulungnya itu, Haliza sanggup berhabis sekitar RM3.5 juta sehingga menjadi sorotan di sosial media.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
@mediahiburanofficial#MHnews Perkahwinan super mewah anak jutawan tudung Bawal Exclusive, Puan Haliza Masyuri di St Regis, KL! Beliau melaram busana berharga RM170,000 sementara gaun pengantin menantu perempuannya, Sarah pula berharga RM300,000 yang disulam bersama 189,936 butir permata Swarovski dibawa khas dari Austria. Mega sungguhla kan?! #MHnews#MediaHiburan♬ Sempurnakan Hariku – Rey Mbayang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bakal tampil dengan single terbaharu, Datin Alyah mendedahkan lagu berkenaan bakal menampilkan berkolaborasi pertamanya dengan pendakwah bebas, PU Riz.
Berkonsepkan kerohanian, lagu berjudul Thank You Allah itu dijangka bakal dilancarkan sebelum menjelangnya Ramadan.
Jelas Alyah, penampilan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail itu adalah sebagai pelakon yang bermonolog dalam bahasa Melayu dan Arab di dalam lagu berkenaan.
“Saya tahu PU Riz menerusi kerjaya sebagai pelakon, pendakwah bebas dan cerita yang dipaparkan saja. Malah dalam filem Ada Apa Dengan Dosa dia berlakon dan saya menyanyikan lagu tema filem itu. Tapi tidak tahu kemampuan lain yang dimiliki.
“Ketika proses masukkan vokal tak sangka kemampuan dia besar dan bermonolog dengan baik. Memang kita panggil dia untuk monolog, apabila dia datang dan dengar suara, saya berasa dia boleh nyanyi dengan baik juga.
“Cuma tak boleh ‘explore’ banyak perkara mengenai dia sebab tahu dia sebagai PU saja. Apabila sudah kenal, banyak perkara dalam diri dia nak buat, cuma mungkin kena beri waktu dulu,” katanya.
Berkongsi dengan lebih lanjut, isteri kepada pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS ini menyifatkan pemilihan pendakwah bebas tersebut sebagai satu pilihan tepat, khasnya daripada segi suara yang berjaya disesuaikan dalam lagu ciptaan bersama Omar K dan lirik oleh Ikhwan Fatanna itu dengan baik.
“Diakui nak dapatkan PU Riz memang susah. Cuma lagu ini perlukan dia. Nak cari pendakwah yang memiliki suara ‘jantan’, susah. Kebanyakan ada di Indonesia. Di Malaysia sangat terhad. Apabila dengar suara dia, itulah yang lagu ini perlukan.
“Kami bukan main ambil saja, tapi kita tengok lakonan dia dan macam mana dia lontarkan dialog. Bagi monolog, dia berikan input dengan ayat sendiri. Monolog idea dia sendiri dalam bahasa Melayu dan Arab.
“Dalam erti kata lain, suara PU Riz ni sangat ‘limited’. Bukan cakap sebab nak trending, tapi sejujurnya kalau tanya saya lima tahun lepas dan lima tahun akan datang itulah jawapan saya.
“Apabila dia masukkan vokal dan dengar, baru nampak kelebihan dan kemampuan dia.
“Mungkin selama ini orang hanya bercakap soal peribadi saja. Bakat dia banyak lagi boleh ‘explore’. Dia ada karakter suara macam pelakon hebat lain. Cuma bezanya dia PU,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam perancangan untuk melakukan penggambaran muzik video bagi single berkenaan.
Terdahulu, satu video yang dimuat naik penyanyi Meluruh ini menerusi Instagram menarik perhatian ramai apabila PU Riz dilihat mengisi masa bersama beberapa kenalan lain dengan berkunjung ke kediaman penyanyi tersebut baru-baru ini.
Malah Alyah menerusi kapsyen juga turut mengucapkan selamat pengantin baru buat Riz yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular, Neelofa minggu lalu.
Foto: Instagram Alyah, PU Riz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selaku juri tetap, komposer Ajai memberitahu, menjadi tanggungjawabnya untuk memberi teguran kepada seluruh peserta program Big Stage 2022 yang kini memasuki musim keempat itu.
Jelas Ajai, tindakan itu dilakukan bagi memastikan kesemua para peserta program berkenaan tidak melakukan kesalahan ketika membuat persembahan.
Tambahnya lagi, dia mengharapkan kesemua bakat muda dalam program ini terus berkembang maju dan melakukan perkara yang sebetulnya sebagai seorang penyanyi.
“Membetulkan apa yg tidak betul.. adalah tanggungjawab. Agar bakat – bakat generasi muda Big Stage 2022 ini berada dilandasan yg betul
#bigstage2022 #byajai,” tulisnya.
Program Big Stage 2022 menyaksikan Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan yang terdiri daripada selebriti pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Manakala, penyanyi Mas Idayu pula diperkenalkan sebagai Juri Pedas
yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Datuk Seri Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen
media sosial sepanjang program berlangsung.
Menggandingkan Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai hos, bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap Ahad, jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ajai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Britain, Jonathan Bailey, dinobatkan sebagai Sexiest Man Alive 2025 oleh majalah People, menonjolkan gabungan rupa paras, karisma, dan keperibadian yang menjadikannya ikon lelaki global.