“Nely Dikelilingi Wanita-Wanita Yang Cantik, Caring Dan Loving…,” – Cantik Belaka ‘Dulang Girls’ Nelydia Senrose

Share

Pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga minggu lalu, Nelydia Senrose awal semalam ada memberikan dedikasi kepada rakan wanita yang menjadi ‘gadis dulang’ sewaktu majlis perkahwinannya baru-baru ini.

Nely yang kini bergelar isteri kepada usahawan, Hafez Halimi menerusi Instagram turut memaklumkan, mereka yang mengiringinya sebagai bridesmaids merupakan ahli keluarganya sendiri.

“My dulang girls. Alhamdulillah, Nely dikelilingi wanita-wanita yang cantik, caring dan loving sepanjang hidup Nely and the best part is mereka semua ni my family. Thank you girls for being so helpful and setuju to be my bridesmaids.

“Syukur Alhamdulillah. Mereka semua cantik berbaju kurung modern yang di reka khas oleh Nely sendiri from scratch, meaning dari melukis corak and pemilihan fabric sebelum print pada kain,” tulisnya.

Pada masa sama, Nely juga menyatakan rasa sayang terhadap mereka.

“Soooo, hanya 11 orang ni je ada baju kain ni in this world ?. Love that I have for you girls ni lain macam ? but I couldn’t have done it without you @impianbynelydia,” akhirinya.

Foto: Instagram Nelydia Senrose & _thev

IKLAN