Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa menegur sesetengah pihak yang dilihat seolah-olah sengaja mencetuskan kontroversi membabitkan dirinya juga keluarga.
Di dalam sebuah perkongsian di Instagram Story miliknya baru-baru ini, Neelofa pada masa sama turut menegur portal berkaitan susulan ‘headline’ yang digunakan.
“Dah dah la nak trigger orang untuk keji maki saya sekeluarga. Tak cukup lagi ke selama ni tengok saya dikecam?” tulisnya.
Neelofa, 32, menambah situasi berkenaan boleh mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet meski apa yang dikongsi adalah hal yang baik.
Ads
“Janganlah trigger untuk dikecam. Bila orang share benda baik, tapi tetap juga nak cari jalan supaya dikeji, dicaci maki.
”Metro dan Utusan boleh je buat tajuk baik-baik, sebab artikel pun ceritanya baik sahaja. Jadi kenapa yang lain tak boleh ikut sama?,” luahnya lagi.
Lagu Secangkir Madu Merah nyanyian asal Amelina dan Sheeda yang dibawa kemas oleh Shila Amzah meletakkan dirinya sebagai peserta Gegar Vaganza ke-9 (GV9) yang paling meraih markah paling tinggi dalam saingan konsert minggu ketiga, malam tadi.
Shila memperolehi markah sebanyak 78.80 peratus sekaligus menjadikannya sebagai penerima anugerah Bintang Memukau Adabi, membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.
Bob Yusof ditempat kedua dengan 77.30 peratus dan Hazrul Nizam, 71.90 peratus.
Sementara Asheed yang mendedangkan lagu Yang Penting Hepi yang dipopularkan oleh Jamal Mirdad pula 71.60 markah.
Berikut senarai markah lengkap bagi kesemua peserta yang tinggal minggu ini;
GV9 yang berlangsung pada malam, Ahad di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu kedua dimenangi Fuad Rahmad dengan membawa pulang wang tunai RM1,000.
Tomok pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak sekaligus membawa pulang sebuah periuk serbaguna bertekanan tinggi Cuckoo bernilai RM2,700.
Dengan bertemakan ‘Pilihanmu, Okay Lock’, 12 peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya,Azman Syah Alias dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, pada Rabu atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.
Memetik Sinar Harian, tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai 2022 antara jam 3 pagi hingga 5 pagi.
Selain itu, tertuduh turut melakukan perbuatan sama terhadap mangsa berusia 16 tahun 10 bulan yang dilakukan pada 6 Julai 2022, antara jam 3 pagi hingga 5 pagi di ruang tamu rumah sama dan pada 5 Februari 2022, antara jam lebih kurang 8.30 malam hingga 12 tengah malam di dalam sebuah bilik di rumah sama.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.
Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Peguam, Mohamad Zahid Ahmad memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Selain itu, tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen pada 8 Disember ini.
Sementara itu, PU Azman yang ditemui di mahkamah mengucapkan terima kasih dan menghargai doa semua pihak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber, Foto: Sinar Harian, Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan pembaca berita, Hawa Rizwana akui teruja apabila dapat berkerjasama dengan penyanyi terkenal, Khai Bahar menerusi muzik video lagu terbarunya yang bejudul Oh Wanita.
Menurut Hawa, berlakon di dalam muzik video merupakan perkara baharu buat dirinya lebih-lebih lagi apabila harus bermain dengan emosi.
“Ini merupakan kali pertama saya muncul di dalam sebuah muzik video. Sebelum ini Khai pernah mempelawa saya untuk muzik video lagu Satu Dua Tiga pada 2018 tapi ketika itu masa tidak mengizinkan.
“Saya hanya pernah berlakon sikit-sikit sahaja dalam satu teledrama satu episod. Bila pertama kali saya buat muzik video, banyak perkara yang telah saya pelajari.
“Ini juga kali pertama saya bergandingan bersama Khai. Boleh dikatakan penggambaran muzik video ini sama sahaja seperti berlakon tapi ia lebih tertumpu kepada penjiwaan emosi. Memang tiada dialog tetapi orang akan menghayati lirik lagu,” katanya kepada MH.
Tambah pengacara program Wanita Hari Ini itu lagi, Khai juga telah banyak memberikan tunjuk ajar lebih-lebih lagi untuk mengurangkan rasa malu.
“Saya akui memang ada sedikit rasa gementar tapi pada masa sama, Khai juga pandai membuatkan pasangannya atau sesiapa sahaja yang bekerja dengannya rasa selesa.
“Dia juga banyak beri tunjuk ajar lebih-lebih lagi bila saya rasa malu-malu dan beri idea mengenai watak saya di dalam muzik video ini.
“Contohnya bila ada babak yang perlu bertentang mata tapi dia kata, tak pandang mata pun tak apa. Pandang je bahagian lain dekat muka Khai ni. Hidung atau pipi.
“Saya tak boleh tenung mata dia. Nanti saya akan malu. Dia pun ada banyak pengalaman sebab pernah berlakon drama,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Hawa seronok dengan maklum balas yang diterima daripada netizen terutamanya peminat Khai Bahar.
“Alhamdulillah, maklum balas yang saya terima selepas muncul di dalam muzik video ini sangat-sangat positif. Peminat Khai juga sangat positif. Apa sahaja projek kerjasama Khai mereka akan sokong termasuklah ketika bersama saya.
“Saya anggap itu rezeki Khai kerana dikurniakan fans yang sangat supportive. Saya teruja dengan respon orang ramai terhadap muzik video Oh Wanita. Itu membawa maksud lakonan kami sampai,” akhirinya.
Kurang daripada 24 jam, muzik video lagu Oh Wanita telah pun meraih 50,000 jumlah tontonan di Youtube.
Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya penulis lirik dan komposer terkenal Harry Khalifah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Khai Bahar & Hawa Rizwana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.