Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Selasa lalu sekitar jam 10.45 malam.
Menurut Neelofa, bayi lelaki yang belum diberikan nama itu kini berada dalam keadaan sihat.
“Tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.
Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.
Ads
“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa,” katanya.
Baik Neelofa, suaminya Haris Ismail juga mengharapkan agar permata hati membesar sebagai anak yang soleh.
Ads
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang, amin!
Ads
“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya, Insya-Allah,” katanya lagi.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Neelofa turut memaklumkan mereka bakal berkongsi nama anak keduanya menjelang tujuh hari kelahiran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Azri Iskandar memaklumkan perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Dr Azra tetap berjalan seperti yah dirancang.
Menurut Azri, dia kini masih lagi didalam fasa untuk mengukuhkan kewangan dan berkemungkinan besar majlis akan berlangsung pada tahun ini juga.
“Saya memang jadi akan berkahwin. Nanti saya akan bagitahu hari bersejarah itu. InsyaAllah majlis tersebut akan berlangsung pada tahun ini juga kerana kami memang merancang untuk mengadakannya secepat mungkin.
“Punca majlis ini tertangguh adalah disebabkan kewangan dan bila semuanya sudah selesai, majlis itu pasti akan berlaku. Saya akan maklumkan kepada pihak media seawal yang mungkin,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, majlis perkahwinan tersebut akan dibuat secara sederhana bagi meraikan kedua-dua buah keluarga dan sahabat terdekat.
“Sudah tentu saya akan buat majlis walaupun saya ini sudah tua. Saya akan adakan majlis makan-makan tetapi untuk bersanding mungkin tidak.
“Ia hanyalah untuk meraikan kawan-kawan dan menguar-uarkan mengenai perkahwinan kami,” ulasnya lagi.
Azri berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Tanah Kubur yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam ini turut mendedahkan hubungannya bersama bekas isteri yang juga merupakan selebriti Ellie Suriaty kini lebih baik selepas berpisah.
“Saya dengan bekas isteri memang sangat baik. Rasanya lebih baik daripada ketika kami berkahwin. Kita berasa lebih bebas untuk bercakap apa sahaja.
“Kalau berjumpa, kami akan berbual seperti biasa. Saya akan tanya fasal anak dan rutin kerja dia. Kalau tak cukup duit pun, kami tiada masalah nak minta satu sama lain.
“Hubungan kami tak seperti bercerai cuma duduk berasingan. Saya kini bersahabat baik dengan Ellie,” kongsinya lagi.
Ditanya adakah dia bakal menjemput Ellie di majlis perkahwinannya nanti, ini respon yang diberikan oleh Azri;
“Sudah tentu saya akan jemput. Datang atau tidak, itu hak dia,” katanya.
Ketika ramai pasangan suami isteri yang memilih untuk terus memutuskan hubungan selepas bercerai, Azri pula merasakan dirinya masih mempunyai tanggungjawab terhadap keluarganya.
“Tak eloklah sebegitu. Bersama Ellie merupakan kali kedua saya gagal dalam mendirikan rumah tangga. Dengan isteri ketika perkahwinan pertama pun saya masih baik.
“Anak-anak juga masih sayangkan saya. Kami tidak putuskan hubungan. Saya bagi nafkah semampu yang saya boleh. Saya akui, ada kalanya saya ada terlepas juga tapi bila saya ada tawaran atau projek, saya akan bayar.
“Saya tanggung anak-anak saya. Saya tak takut dengan manusia tapi saya takut bila Allah tanya saya nanti. Dengan manusia, mungkin saya malu tapi dengan Allah saya ngeri,” akhirinya.
Untuk rekod, Ellie dan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly, 55, bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14 tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Azri juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistina, 29 dan Nur Anis Mastura, 27 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Johan mendedahkan dirinya mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia lebih mengutamakan komitmen kerja sebagai penyampai radio berbanding tawaran-tawaran lain.
Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, dia juga tidak mahu orang lain berasa kecewa kerana dia tidak dapat memberikan komitmen seperti yang diharapkan.
“Selepas filem Abang Long Fadil 3, saya bakal sekali lagi bergandingan dengan Zizan Razak untuk filem Baik Punya Ah Long. Itu pun sudah syukur buat saya. Selebihnya, biarlah saya mengecilkan diri di radio.
“Saya bergantung kepada tawaran sebab saya tak nak bertanggungjawab dengan komit yang saya tak boleh nak bagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Ozlyn Wati ini turut mendedahkan dirinya memerlukan waktu rehat yang cukup untuk melaksanakan tugasnya di konti radio sebagai penyampai segmen pagi.
“Pekerjaan saya di radio, pukul empat atau lima pagi saya dah panaskan enjin. Saya perlu rehat yang cukup untuk beri tenaga ketika bekerja. Radio adalah keutamaan saya.
“Saya takut nak menjanjikan komitmen kepada orang. Selepas Isyak, saya sudah naik ke atas katil tapi belum tentu boleh tidur. Kena pusing sana sini dahulu.
“Namun, sebabkan dah terbiasa dengan rutin selama 15 tahun ini, pukul 4.30 pagi atau 5 saya dah tersedar. Jadi, kualiti tidur saya sangat penting kerana ia menentukan kualiti kerja saya,” ujarnya lagi.
Malah, Johan turut menyifatkan pekerjaannya di radio kini lebih berbaloi berbanding tawaran-tawaran lain.
“Saya bukan menolak cuma saya merasakan pekerjaan di radio ini lagi menyeronokkan dan lagi berbaloi.
“Jadi, untuk menerima tawaran berlakon filem itu agak susah sedikit tapi kalau program televisyen saya boleh pertimbangkan. Waktu menunggu pun tak lama,” akhirinya.
Terdahulu, Johan bakal bergandingan dengan hos, Ain Edruce untuk mengacarakan program berprestij, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang akan berlangsung Jumaat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat
Abdullah Abbas juga terjalin.
“Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..
“Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.
“Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, Neelofa turut menjelaskan mengapa dia memilih nama berkenaan buat anak keduanya itu.
“Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas. Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah ‘Abdullah’
“Manakala ‘Abbas’ pula, Nabi SAW sendiri pernah doakannya
“Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak),” kongsinya lagi.
Lantaran itu, Neelofa berharap agar anaknya itu dapat menjadi individu hebat dan memperjuangkan Islam seperti tokoh ulung Islam Abdullah Bin Abbas.
“Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam
“Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa teruja selain turut mendoakan semoga Abdullah Abbas menjadi penyejuk mata buat Neelofa dan PU Riz.
“Nama yang sangat cantik.
“Abang Bilal dah ada kawan.
“Sebak baca doa ini. Terasa mengalir kasih sayang itu.
“Semoga jadi anak yang soleh untuk ummi dan abah ye Bilal dan Abbas.
“Nama yang indah dan disebut dalam Al-Quran,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Neelofa telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada tanggal 11 Julai yang lalu.
Sekadar informasi, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.