Usahawan dan selebriti Noor Neelofa, berkongsi pengalamannya membaca sebuah buku penuh manfaat yang meninggalkan kesan mendalam di hati.
Menerusi satu perkongsian di Insta Stories beberapa hari lalu, hos Next To Neelofa ini mengakui dia usaha untuk mencuri masa demi membaca buku tersebut dalam tempoh seminggu.
“Alhamdulillah, MasyaAllah… Buku ni I baca dalam satu week selesai, selit-selitkan waktu dalam jadual yang padat,” kongsinya.
Neelofa juga berpendapat, jika tidak semua ilmu dan isi dalam buku tersebut dapat dihadam sepenuhnya, memadai andai beberapa perkara penting melekat di hati untuk dijadikan panduan hidup.
Ads
“Tapi kata-kata dan ilmu dalam ni, terkesan di hati. kalau ada dua, tiga point yang melekat di hati, bagi saya dah cukup bagus,” kongsinya lagi.
Tentang Qanaah & Nilai Syukur
Ads
Dalam perkongsiannya itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menyentuh mengenai topik qanaah, iaitu sifat merasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
“Untuk kita pegang dan amalkan, tak mampu kita nak serap kesemua. Tapi insya-Allah pemahaman tentang Qanaah akan jadi lebih jelas.
Ads
“Siapa yang always kejar for more tanpa ada pause dan hayati makna syukur, this book is for you,” jelasnya lagi sambil berkongsi kulit depan buku berkenaan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bergelar artis selama 30 tahun tanpa terpalit sebarang dengan apa-apa kontroversi melampau bukan sesuatu yang mudah, namun penyanyi dan penyampai radio popular, Haiza berjaya membuktikannya.
Menolak gimik dan sensasi murahan, Haiza menekankan bahawa prinsip dan disiplin adalah pegangan utamanya dalam mengekalkan nama baik dalam industri seni.
“Apabila orang kata saya dapat tepis segala cerita panas sedangkan saya bukan nak jadi individu yang penuh dengan cerita bukan-bukan.
“Kalau tiada perhatian diberikan pun, saya okay saja sebab saya tak nak nama terpalit dengan cerita-cerita yang mengarut.
“Selama ini saya cuba menjaga nama sebaik mungkin. Walaupun ada yang meminta saya untuk mencipta gimik, tapi rasanya tak perlu sampai ke tahap itu untuk dapat perhatian,” katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan 3 Dekad Dag Dig Dig Haiza di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands pada Sabtu lalu.
Mengimbas semula kenangan pahit, Haiza mengakui pernah berdepan fitnah dan gosip ketika masih bergelar pelajar sekolah.
Ia sekaligus menjadi satu pengalaman yang cukup memberi kesan mendalam dalam hidupnya.
“Dulu pernah keluar artikel gosip di akhbar mengatakan saya tiada disiplin. Itu cerita yang paling menyedihkan sepanjang karier saya.
“Kejadian ini berlaku ketika saya masih bersekolah lagi. Pada hari itu saya sepatutnya ke siaran langsungMuzik-Muzik bagi mencalonkan single kedua Mana Tahan.
“Tapi saya tiba-tiba ada kelas tambahan. Selepas tamat kelas, saya terus ke studio di Jalan Liku, Bangsar.
“Tapi jalan sesak teruk dan saya terlepas peluang untuk mencalonkan lagu tersebut. Hos maklumkan saya tak dapat hadir atas faktor yang tidak dapat dielakkan.
“Saya yang sudah berada di depan pintu studio terus menangis kerana kesal dengan apa yang terjadi,” luahnya.
Menerusi acara yabg bermuja jam 8.30 malam itu, Haiza mengiburkan tetamu dengan barisan lagu yang menjadi momen paling bermakna sepanjang kerjaya seninya seperti Kerana, Rindu dan banyak lagi.
Malah sebagai simbolik tiga dekad dalam industri, Haiza memilih untuk merakam semula lagu popularnya, Dag Dig Dug, dalam versi terkini dikenali sebagai Dag Dig Dug 3.0.
Lagu ini dirakam di Bandung, Indonesia, pada Disember lalu, dan mendapat sentuhan penerbit serta penyusun muzik terkenal, Diki Suwarjiki, dalam irama koplo moden.
“Saya mahu sesuatu yang segar, tapi masih mengekalkan jiwa lagu asal. Versi ini saya dedikasikan buat semua yang terus menyokong saya dari dulu sampai sekarang,” jelasnya lagi.
Haiza turut memberikan penghargaan kepada raian media dan kelab peminat yang selama ini tidak putus-putus menyokong perjalanan seninya.
Antara rakan artis yang turut sama hadir meraikan kejayaan Haiza ialah Datuk Aznil Nawawi, Amelina dan Linda Eva.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Baim Wong, berjaya memperoleh hak asuh penuh ke atas dua anaknya, Kiano Tiger Wong dan Kenzo El Drago Wong selepas keputusan Mahkamah Tinggi Agama DKI Jakarta pada 18 Jun lalu berpihak kepadanya.
Keputusan itu dibuat selepas panel hakim menilai Baim Wong sebagai individu yang lebih dekat secara emosional dan psikologi dengan anak-anak hasil perkahwinannya bersama model terkenal, Paula Verhoeven.
Menurut peguam mewakili Paula, Alvon Kurnia Palma, walaupun hak asuh diberikan kepada Baim, anak guamnya tetap mempunyai hak untuk bertemu dan berinteraksi dengan anak-anak mereka tanpa sebarang sekatan.
“Jika hak kunjungan itu dihalang atau tidak dipenuhi, pihak kami boleh membawa semula perkara ini ke mahkamah bagi memohon pembatalan hak asuh,” katanya kepada media tempatan.
Walaupun begitu, Peguam Baim Wong, Fahmi Bachmid berkongsi kepada media tempatan bahawa Paula dilarang untuk bertemu dengan anak-anaknya ketika mereka dalam sesi persekolahan. Selain itu pertemuan di waktu tengah malam juga tidak dibenarkan.
Dalam masa sama, mahkamah juga memutuskan bahawa Paula tidak terbukti melakukan nusyuz atau pengingkaran terhadap suaminya sebelum ini. Oleh itu, beliau masih berhak menerima nafkah iddah serta mut’ah daripada Baim Wong.
Pasangan selebriti itu sah bercerai pada awal tahun ini selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan dua cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan juga usahawan Noraniza Idris, tampil membidas dakwaan segelintir netizen yang mendakwa pihaknya meniru idea Datuk Seri Aliff Syukri apabila memperkenalkan pembungkusan baharu berbentuk kotak bagi produk keluarannya, Che Ani Premium.
Pelancaran Kotak Warisan Che Ani Premium baru-baru ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial yang menyamakan reka bentuk kotak tersebut dengan beg yang pernah dikeluarkan oleh usahawan terkenal itu.
Antara komen yang diterima ketika sesi siaran langsung Che Ani Premium bersama Noraniza menerusi TikTok termasuklah;
“Datuk Aliff Syukri jual beg, Che Ani nak jual beg juga ke? Sibuk je.”
Tidak berdiam diri, Noraniza Idris segera memberikan respon dan menafikan dakwaan meniru sesiapa.
“Kau ni orang Melayu ke apa? Tak reti nak hargai perniagaan tempatan. Kalau tengok betul-betul, itu beg ke? Saya rasa kotak.
“Tak sama dengan beg. Saya buat kotak saja untuk hargai warisan, apa masalahnya?
Saya keluarkan satu benda yang saya boleh hargai pembeli muruku aku, kenapa dengki?,” luahnya.
Menurut Noraniza, pengenalan kotak edisi baharu ini sebagai hasil maklum balas pelanggan yang sebelum ini kurang berpuas hati dengan kualiti pembungkusan asal muruku Che Ani Premium, yang mungkin akan mudah rosak semasa proses penghantaran.
“Ramai complaint, packaging cepat rosak jadi kita hasilkan kotak ini untuk meningkatkan kualiti pembungkusan kita dan pastikan pembeli muruku kita berpuas hati.
“Ada yang complaint setiap kali sampai pecah, pek jadi kempis. Jadi kita sediakanlah kotak,” katanya lagi.
Noraniza yang mesra disapa Kak Ani turut menegaskan, pembaharuan ini merupakan usaha menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan tempatan.
“Appreciate setiap sen pembeli merupakan satu kesempurnaan yang mereka inginkan. Jadi apa salahnya kita upgrade kita punya packaging,” tegasnya.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji tindakan Noraniza yang dilihat sebagai inisiatif perniagaan yang bertanggungjawab, selari dengan keperluan pasaran.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.