“Nazar Saya Untuk Anak Kedua,” – Hairul Azreen Relakan Hati Jual Kereta Mewah & Motorsikal Kuasa Tinggi

Share

Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen awal malam tadi ada memuat naik foto kenangan sebuah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi yang dibelinya tidak lama dulu menerusi Instagram.

Bagaimanapun, atas faktor bernazar, pelakon berusia 30 tahun itu sanggup menjual dua ‘permainan’ kegemarannya itu, demi keluarga tercinta.

“Nazar saya untuk anak ke-2 jual superbike & super car. Demi keluarga dan saya telah jual pun #HarapDapatBeliBasikalBaru (last tu hanya tambahan) hahaha #FamilyFirst,” tulisnya.

Terdahulu, isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Hanis Zalikha kini sedang sarat mengandung tiga bulan.

Berita pengumuman tersebut telah dilakukan Hairul pada 1 November lalu menerusi Instagram.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Yusuf Iskandar.

Foto: Instagram Hairul azreen

IKLAN