“Nanti Nak Bersalin Senang,”- Rupanya Ini Sebab Nourul Depp Tetap Ke Gim

Share

Penyanyi Nourul Depp amat menitikberatkan penjagaan kesihatan baik dari segi diri sendiri dan kandungannya itu.

Nourul baru-baru ini ada berkongsi beberapa keping gambar yang melihatkan dia kini berada di sebuah gimnasium.

“Hari ni start gym pelan2.. Tak boleh lah kalau tak aktif masa pregnant ni. Nak bersalin senang, buat exercise (yang dibenarkan) , buat stretching , yoga ke  atau jalan banyak2. Pi taman jalan keliling taman…

“Masa mengandung kat #zacharydepp i was so active. Memang senang bersalin…

“Dapatkan nasihat doctor dulu sebelum mulakan apa apa aktiviti sukan semasa mengandung. Pastikan tiada tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah serta tiada pregnancy diabetes. Ini penting…

“Tiada alasan untuk kekal aktif. Lagi2 kepada yang belum mengandung,” tulis Nourul di ruangan kapsyennya.

Aktiviti sihat itu dilakukan Nourul bersama anak perempuannya, Ayu Nazirah (hasil perkahwinan Nourul yang terdahulu).

Difahamkan, Nourul kini sedang hamil 25 minggu anak keempat hasil perkahwinannya dengan Eric Daniel Depp. Pasangan itu juga dikurniakan dua cahaya mata, Zachary Depp, 6, dan Raphael Depp, 4 tahun.

Foto : Instgaram Nourul Depp

IKLAN