Baru-baru ini Nana Mahazan telah berkongsi beberapa posting di Instagram yang memaparkan bakat terpendam anaknya Althea yang dilihat pandai melukis.

Bagi MH Online perkara ini sangat membanggakan lagi pula Althea baru sahaja berusia 7 tahun dan medium yang digunakan ialah digital. Bukan calang-calang orang boleh kuasai.

Menurut bekas pelajar Akedemi Fantasia musim pertama dan juga ibu kepada anak berbakat ini akui dirinya juga terkejut dan tidak sangka anaknya itu punyai bakat melukis.

Ads

“Sebenarnya sebelum ini Althea ada menonton sebuah video di YouTube yang mengajar bagaimana melukis menggunakan software Paint. Kemudian dia beritahu kami ingin cuba jadi kami pun bersetuju untuk muat naik software tersebut.

“Mula-mula dia buat memanglah tidak berapa nak jadi tetapi lama kelamaan lukisannya semakin cantik dan bagus. Saya sendiri tak tahu macam mana nak buat semua tu,” jelasnya.

Apabila di tanya dari mana datangnya bakat tersebut, Nana berkata besar kemungkinan daripada suaminya kerana Brian juga punyai bakat dalam melukis.

Ads

Malah, sejak kecil Althea juga memang sudah tunjukan minat dalam bidang seni terutamanya lukisan.

Ads

Walaupun ada sesetengah pihak memberi cadangan untuk menghantar anaknya ke kelas yang professional, Nana ingin biarkan anaknya itu menerokai dunia lukisan dengan caranya sendiri.

“Saya bukan tak nak hantar dia ke kelas, tetapi dia kecil lagi dan ada perasaan cepat bosan. Dulu dia ada belajar kelas ballet sebab dia mahu jadi seperti ballerina, tetapi akhirnya dia sendiri tidak berminat untuk teruskan.

“Lagi pun kami tidak mahu paksa Althea, biarlah buat masa ni dia belajar sendiri,” katanya lagi.

Rowdy Rough Boys! One of my fav thing to draw.. ⭐️ #althearts #nananafunfam #art #paintx

A post shared by Althea Raqeem Brian (@althearts) on


Malah, nana juga sempat berkongsi kini anaknya Althea itu sudah punyai akaun Instagram sendiri tetapi hanya untuk mengumpulkan hasil lukisannya sahaja.

“Kalau ikutkan Brian memang tak suka anak-anaknya ada akaun di IG, tetapi disebabkan mahu kumpulkan semua hasil lukisan dan aktivitinya dalam bidang ini Brian bersetuju dan beri kebenaran

“We appreciate arts dan saya fikir lebih baik anak saya habiskan masa dengan semua ini berbanding leka di hadapan kaca televisyen,” jelasnya.

Yeay keep up the good work Althea!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI