Minggu lalu menerusi konsert Gegar Vaganza 4 (GV4), setiap peserta diberikan tugasan untuk menyanyi secara duet bersama rakan artis lain.

Lalu, salah seorang pesertanya iaitu Lan Kristal telah diberi tugasan untuk mendendangkan lagu Naluri Cinta nyanyian asal Rohana Jalil dan To’Ki dan pasangan duetnya pula adalah Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana.

Setelah selesai membuat persembahan, Datuk Ramli MS telah memberikan komen agak pedas terhadap persembahan duet berkenaan.

Maestro muzik Malaysia itu telah mengkritik cara nyanyian Nana yang boleh disifatkan sebagai seperti acuh tak acuh.

IKLAN

Rentetan dari komen itu, Nana tampil menafikan pandangan tersebut menerusi akaun Instagramnya dengan berkata dia telah memberikan persembahan sehabis baik dan tidak pernah membuat sesuatu perkara dengan acuh tak acuh.

“Performance semalam #naluricinta dengan lan kitel di #GegarVaganza . Hope uols suka & all the best untuk lan kitel di #GegarVaganza !! Btw semalam nana dah nyanyi all out. Nana x penah buat benda acuh x acuh. Segala performance nana walau bukan nn yg bertanding, nn akan make sure nn tolong partner nana. Tapi its oklah!nana akan perbaiki lagi??,” tulisnya pada ruangan kapsyen perkongsian di IG.

Apa pun yang berlaku, MH puji sikap Nana yang tidak mudah melatah dengan kritikan tersebut malah mengambilnya dari sudut positif untuk memperbaiki nyanyiannya lagi selepas ini.

IKLAN

Sementara itu, MH ada stalk IG vokalis kumpulan Kristal itu dan Lan ada memuji dan berterima kasih buat Nana yang sanggup tidak mengambil mana-mana persembahan minggu lalu hanya untuk memberikan fokus terhadap persembahannya bersamanya pada minggu keempat saingan GV4.

IKLAN

“TERIMA KASIH CTnorNANA sbb terima lamaran pihak GV untuk jadi pasangan duet aku..? .
TERIMA KASIH jugak sebab sanggup tak ambik mana2 show sebab nak fokus lagu ni semata2 nak tolong exboipren ko ni buat persembahan terbaik utk minggu duet ni..? .
TERIMA KASIH lagi sbb selalu jadi kawan yg sangat positif & supportive utk aku terus berjuang dlm industri muzik..✌.
Moga segala urusan kita terus dipermudahkan.. Aaamiiinnn!,” tulis Lan.

Bila tonton balik persembahan mereka, apa pandangan korang? Okay ke tidak?

Sumber: Instagram Siti Nordiana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI