“Nampak Ni Video, Mana Ada Edit,” – Nora Danish Ulas, Ada Yang Syak Dia Sunting Ramping & Lentikkan Pinggang

Share

Pelakon Nora Danish tampil memberikan reaksi susulan foto bersama suami, Nedim Nazri bagi mempromosikan sebuah produk wangian berjenama dikatakan telah disunting.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini, bentuk tubuh Nora kelihatan melentik dan netizen mendakwa, aktres itu didakwa lakukan suntingan pada bahagian pinggang bagi memberikan ilusi lebih ramping.

Malah tak kurang mendakwa Nora telah memadam hantaran awal lalu menggantikan dengan foto yang telah disunting.

Bagaimanapun menerusi sebuah posting di platform sama, Nora menerusi video menjelaskan, bahagian pinggangnya tidak disunting.

Sebaliknya, ia adalah ilusi persalinan yang dipakai selain fizikalnya yang kian susut.

“This video actually i nak share dengan you guys. Sebab ramai yang tanya dress ni Nora beli dekat mana. I beli dekat Zara sebab dia merampingkan pinggang i. Sampai orang ingat i edit.

“Sebenarnya tak edit… Nampak ni video. Mana ada edit, nampak? I think because of the design also. Design ni boleh merampingkan pinggang ke something like that.

“But i do excersice, i pun dah hilang beberapa kilogram. I ambil Kaffi (kopi diet), i jaga makan, buat yoga. Tak sugar tak sangat, belum lagi.

“But yes… this is tak edit. Memang ramping…. Tak ramping sangat tapi okay lah untuk berapa tahun (umur),” katanya yang turut akui kurang mengambil nasi.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan pelakon ini yang komited menjaga penampilan diri dalam usia 40 tahun.

“Dari dulu lawa, haih…,” komen netizen.

“Sis Nora memang lawa. Pernah jumpa dia dulu. Tak gemuk pun. Dia kurus giler, memang hot,” puji netizen lainnya.

“Im in loved with your body,” komen netizen yang terinspirasi.

“Looking for that black dress now. You look gorgeous btw,” reaksi netizen lain.

Sehingga kini, perkongsian tersebut menerima lebih 26,000 tanda suka daripada peminat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN