Satu hantaran video terkini daripada penyanyi, Ernie Zakri di Instagram mencuri perhatian.
Menerusi video yang dikongsikan itu, rata-rata wargamaya mulai berteka-teki dan tidak kurang yang mendakwa bahagian perut bintang berkenaan seolah-olah menampakkan ‘baby bump’ pada ruangan komen.
“Kalau kata buncit tipulah…sis Ernie ni kecik molek orgnya. Takkan buncit macam tu, mesti ada something ni,” teka seorang peminat.
“Nmpk mcm ketat aje tshirt tu kat perut. Alhamdulillah, tahniah. Moga Allah permudahkan,” tulis seorang peminat lainnya pula.
“Nampak dah, tkpe tk yah bgi tahu,” gurau seorang peminat.
“Nmpak baby bump.. comelnya kak Ernie,” reaksi peminat lain.
Ads
“Baby bump ke tu? Shomell,” tulis peminat lainnya pula.
“Mcm baru 4 bulan pregnant je. Teringat perut aku dulu masa 4 bln pun aku dah mengah. Tahniah,” teka peminat.
Ia sekali gus menguatkan lagi desas-desus bahawa Ernie sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan penyanyi, Syamel.
Ads
Meski tiada sebarang reaksi yang diberikan penyanyi lagu Gundah itu, namun ramai yang memberikan respon teruja, termasuk termasuk beberapa rakan selebriti.
“Abg tahniah dulu lew,” tulis Achey ringkas.
“I’m here for the baby bump!,” reaksi penyanyi, Nabila Razali.
“I can see already, ahhh cute,” respon Elfira Loy yang seolah-olah ditujukan terhadap penampilan terkini Ernie.
Ads
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan kesahihan sama ada dia sedang berbadan dua sebaliknya kerana sebelum ini, Ernie pernah menjelaskan bahawa dia masih belum hamil seperti yang disangka banyak pihak.
Sekadar mengimbas, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu.
Foto: Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan tindakan murni pelakon, Zara Zya yang dilihat memberi makanan buat anjing jalanan.
Video yang dikongsikan di laman Instagram itu nyata mendapat pujian dan reaksi positif daripada ramai pihak.
Memetik laporan Kosmo Online, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, sifat bantu-membantu ini sememangnya sudak sebati dengan kehidupnya dan dia merasakan semua pihak termasuk haiwan berhak untuk dibantu.
Katanya lagi, selagi diberikan kudrat dan kemampuan dia akan terus menghulurkan bantuan buat sesiapa sahaja yang memerlukannya.
“Saya memang suka menghulurkan bantuan kepada semua yang memerlukan dan umum tahu saya ada pertubuhan sendiri iaitu Malaysia Prihatin.
“Semua golongan tidak kira kaum, bangsa mahpun jenis makhluk saya akan bantu. Selagi makhluk itu bernyawa, ada perut dan berasa lapar, insya-Allah saya hulur bantuan,” katanya seperti yang dipetik.
Mengulas lanjut mengenai video tular itu, pelakon drama, Pia ini berharap agar bantuannya itu dapat menjadi ikutan buat masyarakat di luar sana.
Malah, Zara juga turut menzahirkan rasa terharu terhadap komen-komen pujian yang diberikan oleh netizen.
“Sangat terharu dengan pujian ramai. Dalam ruangan komen ramai yang puji malah ada yang ingin melakukan perkara serupa.
“Semoga apa yang saya lakukan ini menjadi asbab kebaikan untuk lebih ramai orang melakukan perkara baik terhadap semua orang. Jangan pinggirkan haiwan sebab mereka juga makhluk Tuhan,” jelasnya lagi.
Setakat ini, video berdurasi hampir 30 saat telah pun meraih lebih 500,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Selain bergelar pelakon, Zara juga dilihat sibuk menguruskan pertubuhan kebajikannya sendiri yang dikenali sebagai Malaysia Perihatin.
Sumber: Instagram Zara Zya & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin kini bergelar pengacara pula apabila tampil mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Tidak terlintas untuk berlaku tamak gara-gara mahu melakukan pelbagai cabang kerja, namun ibu kepada dua cahaya mata ini akui situasi pandemik Covid-19 ketika ini turut menjentik semangatnya untuk berkongsi hal positif bersama suntikan inspirasi menerusi program terbabit.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Isteri kepada Asyraf Khalid ini sebelum ini pernah berlakon dan menyanyi selain menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini, lebih 30 episod sudah bersiaran dan ia kemudiannya turut dikongsi dipelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram serta dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundang menerusi program berkenaan
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita-cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Ketika ditanya mengenai mengenai sejauh mana kerinduan terhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua, ini kata Tya;
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini.
“Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” jelas Tya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengambil tema kehidupan masyarakat Orang Asli, drama Anak Sena yang bersiaran di TV3 ketika ini diperkatakan ramai susulan sarat dengan pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti itu.
Malah, ia secara tidak langsung turut memberikan cerita yang segar kepada penonton.
Kisah seorang guru yang terpaksa berpindah ke kawasan pedalaman lalu berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik anak bangsa menambahkan lagi kekuatan drama yang menjalani penggambaran di Taman Negara, Pahang ini.
Menurut Penerbit dari syarikat penerbitan Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak, gembira atas sambutan yang diterima sekaligus menyifatkan ia ‘tuah’ buat mereka yang berani mempertaruhkan tema yang lain daripada yang lain.
“Memang saya berterima kasih kepada TV3 yang percaya kepada karya Anak Sena memandangkan ia sedikit berbeza daripada tema yang biasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi sekarang dalam musim bulan Kemerdekaan sudah pasti temanya bersesuaian dengan mood ketika ini.
“Paling saya berterima kasih apabila terbaca mengenai komen-komen positif yang ditinggalkan oleh penonton yang suka dengan drama ini.
“Selain itu, ada yang suka dengan tema guru yang terpaksa berpindah ke pedalaman dan ada juga yang rindukan Taman Negara. Apa sahaja yang positif kami hargai,” katanya.
Anak Sena memaparkan kisah Sena yang juga merupakan tok batin daripada suku Bateq yang mahukan perubahan berlaku kepada anak-anak Orang Asli melalui pendidikan.
Namun, pelbagai dugaan terpaksa dihadapinya termasuklah tentangan daripada sekeliling yang masih menganggap pendidikan tidak penting berbanding ilmu hidup di dalam hutan.
Drama yang diterajui Ben Amir sebagai Cikgu Amir, yang turut berhadapan dengan pelbagai konflik dalam mendidik anak bangsa sehinggakan terpaksa melalui pelbagai dugaan demi menyelamatkan anak muridnya untuk terus menghabiskan pelajaran di sekolah.
“Banyak kisah menarik yang digarap melalui drama ini. Pelbagai suka-duka yang tidak pernah diketahui umum divisualkan untuk tontonan semua. Konflik demi konflik yang berlaku memberikan nilai tambah kepada kisah Anak Sena.
“Setidaknya kisah mereka memberikan kita pengajaran berguna. Apa yang kita lihat berbeza dengan apa yang dilalui oleh sebahagian daripada kita,” kata Jaja lagi.
Dalam pada itu, Jaja mendedahkan, pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui kru produksi sepanjang penggambaran. Disebabkan lokasi yang sedikit jauh dari Kuantan, sudah pasti mereka perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan sejak awal lagi.
Mengakui produksi kali ini memberikan cabaran berbeza, dia bagaimanapun bersyukur kerana pelakon dan kru yang terlibat tidak berhadapan dengan masalah besar sehingga menyebabkan penggambaran ditanggungkan.
“Ini merupakan sumbangan kecil kami untuk masyarakat dengan memaparkan kisah yang jarang mendapat perhatian. Setidaknya kita boleh memperbanyakkan lagi naskhah sebegini untuk menyemai semangat cintakan negara dan meraikan kepelbagaian.
“Paling menggembirakan apabila ada yang mula belajar banyak perkara tentang suku kaum masyarakat Orang Asli yang jarang didedahkan kepada umum. Itu cukup memberikan kepuasan kepada pengkarya seperti kami,” katanya.
Jaja sebelum ini turut berpengalaman luas dalam bidang penerbitan drama dan travelog.
Anak Sena ditayangkan setiap Rabu hingga Sabtu menerusi slot Lestary TV3.
Selain Ben Amir, antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Ruzaidi Abdul Rahman, Sasha Abedul, Hadi Putera, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan ramai.
Anak Seni turut membawa Azwan Ali sebagai penampilan istimewa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...