“Nampak Alur Untuk Tatapan Orang Ke,”- Busana Lia Natalia Dikecam Kerana…

Share

Sama seperti pelakon lain, Lia Natalia turut memuat naik gambar dress yang digayakan ketika menghadiri majlis Anugerah Skrin 2018 pada Jumaat lalu.

Entri tersebut memaparkan Lia mengenakan sepersalinan gaun emas melekap pada tubuh sarat perincian ilham pereka Firziey Couture.

“Feeling in love sangat dengan baju ni,” tulisnya

Gambar berkenaan telah menerima hampir 15,000 tanda suka setakat ini dan dihujani komen pelbagai daripada netizen yang fokus terhadap susuk tubuh pelakon berkenaan, apabila pelakon itu muat naiknya menerusi Instagram.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat baju tersebut terlalu seksi sehingga menampakkan bahagian lurah dada pelakon berkenaan.

Bagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang memuji pakaian Lia itu yang disifatkan paling menyerlahkan pada malam tersebut.

Apa-apa pun, busana yang dikenakan Lia sememangnya antara yang paling menyerlah pada malam tersebut. Kata orang kalau sudah sememangnya cantik, pakai apa sahaja sekalipun akan tetap kelihatan cantik.

Foto: Instagram Lia Natalia

IKLAN