Pempengaruh dan YouTuber terkenal, Isa Isarb akhirnya berkongsi nama dan wajah putera sulungnya, yang diberi nama Owais buat tatapan umum, genap seminggu kelahiran.
Perkara itu dikongsikannya menerusi sebuah hantaraj video di laman Instagram, baru-baru ini.
Nama Sempena Tokoh Sufi
Jelas Isa, dia dan isterinya, Lisa Nosra, memilih nama tersebut sebagai penghormatan kepada tokoh sufi, Uwais al-Qarni.
“Kami namakan dia Owais, sempena tokoh sufi Uwais al-Qarni, seorang tabi’in mulia yang terkenal dengan baktinya kepada ibu dan kehidupannya yang penuh keikhlasan.
“Menjadi inspirasi untuk berbuat baik dan hidup dengan rendah hati,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah, menerusi perkongsian sama, Isa turut berkongsi akaun media sosial terbaharu menggunakan nama anaknya, @Owais.isa selain memuat naik foto wajah permata hatinya itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan dan mendoakan agar Owais membesar sebagai anak soleh.
Ads
Terdahulu, Isa berkongsi berita gembira apabila isterinya yang juga pempengaruh Lisa Nosra selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 4.35 petang, 6 Januari lalu.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 40,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar telah menimang cahaya mata kedua pada Sabtu lalu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh pasangan tersebut dalam satu hantaran di Instagram mereka.
Bersama dengan hantaran tersebut, foto momen saat Lesti melahirkan turut dikongsikan kepada umum.
“Alhamdulillah, berita gembira menyelubungi kami sekeluarga kerana pada tanggal 25hb, ketika jam sudah masuk waktu Subuh, kami menerima ahli keluarga baru iaitu seorang puteri cantik dengan paras rupa yang indah dengan pipi merah merona
“Pandangannya membuatkan saya kagum dengan tangisannya yang memecah suasana ketika fajar bersiap sedia untuk menyambut ketibaannya,” tulis mereka penuh teruja.
Seiring dengan kelahiran puteri kesayangan mereka itu, pasangan bahagia itu turut menitipkan pesan dan harapan terhadap cahaya mata kedua mereka itu.
“Selamat datang ke dunia puteri cantik Papa dan Ibu. Dunia yang tidak selalu membawa kebahagiaan kepada kamu tetapi akan sentiasa ada cinta dan kasih sayang dari kami kamu,” sambung mereka lagi.
Terdahulu Lesti Kejora dan Rizky Billardikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar, yang kini berusia memasuki usia empat tahun.
Imbas kembali, Lesti merupakan seorang penyanyi dangdut terkenal Indonesia manakala Rizky Billar yang merupakan seorang pengacara dan pelakon melangsungkan perkahwinan pada tahun 2021.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan usahawan popular, Shuib teruja apabila progam podcastnya, Dol’s Podcast tercalon dalam kategori Program Digital Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted (GMWA) 2024.
Menurut Shuib, ini antara pengiktirafan terbesar memandangkan program ini baru sahaja dimulakan kurang setahun lalu.
“Ini adalah kategori pertama yang diperkenalkan oleh Gempak Most Wanted untuk program podcast. Kami juga merupakan program podcast yang baru sahaja bermula enam bulan yang lepas.
“Bila diberitahu yang kami ini top 5, takkanlah kami tidak gembira. Rasanya seperti hari raya dan kami sangat seronok,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, seorang lagi pelawak, Mamat Sepah turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menunjukkan sokongan terhadap Dol’s Podcast sehingga berjaya sampai hingga ke tahap ini.
Dikatakan antara finalis favourite untuk memenangi kategori tersebut, Shuib enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.
“Janganlah bagi kami harapan. Ini semua berbalik kepada penonton, pendengar dan peminat Dol’s Podcast. Hasil undian mereka yang meletakkan kami di sini.
“Jawapan siapakah yang akan bergelar kita akan tahu pada malam kemuncak nanti. Sama-samalah kita tunggu,” ujarnya.
Meskipun pernah terpalit kontroversi, Shuib menyifat kritikan netizen merupakan antara pemangkin semangat buat Dol’s Podcast untuk terus menghasilkan konten-konten yang bermanfaat buat masyarakat.
“Kritikan adalah satu perkara yang bagus dalam apa sahaja yang kita lakukan. Kita tidak akan syok sendiri. Ia juga akan menjadi petunjuk kepada kita tentang perkara yang boleh dan tidak boleh untuk dilakukan.
“Kami memang memerlukan kritikan yang membina. Saya akui Dol’s Podcast memang menerima banyak kritikan sejak awal tapi anda boleh milihat sendiri bagaimana kami menyerap kritikan tersebut untuk menjadikan kami lebih baik.
“Kami terima dan perbetulkan apa yang salah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Shuib turut memaklumkan Dol’s Podcast bakal memperkenalkan sebuah program baharu yang berkisarkan tentang kisah paranormal.
“Kami akan menghidangkan sesuatu yang baharu kepada para penonton kita. Ketika ini, kita ada segmen baharu iaitu Dol’s Podcast Paranormal.
“Ini merupakan sebuah program yang berbeza. Jadi, kami akan terus berusaha untuk menghasilkan kandungan-kamdungan menarik buat peminat, pendengar dan penonton Dol’s Podcast,” akhirinya.
Terdahulu, GMWA2024 yang dihoskan trio pengacara Sherry Alhadad, Sean Lee dan Amelia Henderson bakal berlangsung pada 23 Febuari ini bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Acara ini bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria serta platform penstriman Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bakal menjadi anugerah hiburan pembuka tirai bagi tahun ini, Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA) tetap komited untuk terus mengangkat industri seni tempatan ke peringkat lebih tinggi.
Menurut Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, fokus GMWA kini dilihat semakin meluas apabila pihaknya bukan sahaja mengiktiraf anak seni tetapi juga para pembikin konten popular di media sosial.
“Pada saya, definasi selebriti pada masa sekarang sangat meluas konteksnya. Para pembikin konten juga mampu mempengaruhi kita dan mereka kini dilihat sebagai selebriti di media sosial.
“Semua orang saya percaya kerap melayari media sosial dan kerana itulah juga kami merombak semula kategori-kategori anugerah daripada sembilan kepada 11 buah kategori.
“Kita pecahkan Anugerah Digital Creator itu kepada beberapa kategori baharu.
“Jadi kita lebih fokus bila mengiktiraf para pembikin konten ini. Seperti kategori ‘Motivation & Education’, kami merasakan mereka punyai nilai yang sangat positif untuk dibawa kepada masyarakat.
“Ini merupakan antara sumbangan GMWA yang bukan sahaja mengiktiraf mereka yang popular tetepi turut memberikan manfaat,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Ketua Kandungan Astro Gempak, Nazihah Dalhar juga teruja atas sambutan hangat peminat menerusi undian fasa pertama GMWA2024 dengan memperoleh peningkatan luar biasa iaitu sebanyak 700%.
“Kami gembira dan bersyukur, jumlah undian yang kami terima sangat positif. Pada tahun 2023, ketika fasa pertama, kami menerima 1.3 juta undian. Namun, pada fasa pertama 2024, kita terima lebih daripada 9.5 juta undian.
“Ia menunjukkan peningkatan tujuh kali ganda. Jadi, sudah pasti kami sangat berbangga dan ingin berterima kasih kepada peminat GMWA kerana terus menyokong dan kerana itu, kami masih berada di sini,” katanya.
Dalam pada itu, Syazwan turut menyuarakan keyakinan bahawa para penonton pasti bakal terhibur dengan sajian persembahan yang telah dirancang untuk GMWA edisi kali ini.
“GMWA2024 bakal menjadi acara anugerah pembuka tirai bagi tahun 2025. Kami mahu kekalkan DNA kami iaitu ‘Terpaling Trending’ dan ‘Terpaling Viral’.
“Kesemua barisan artis yang membuat persembahan akan menyanyikan lagu-lagu viral tahun lalu. Kita ada barisan artis seperti Zizan Razak, Insomniacs, Ara Johari dan ramai lagi.
“Kita juga sudah menjemput seorang diva terkenal, band popular dan tetamu daripada Indonesia. Jadi, kita mengharapkan penonton yang hadir atau di rumah akan terhibur dengan persembahan yang akan kami sajikan,” katanya lagi.
Syazwan bagaimanapun tidak menafikan pasukan GMWA tahun ini agak tertekan demi memenuhi jangkaan daripada para peminat yang menanti-nanti kejutan pada malam kemuncak.
“Sudah tentu tekanan itu ada bila kita nak menghasilkan sesuatu produk. Namun, sebab itu juga kita adakan tema.
“Kami juga sedang berusaha mencari idea untuk tetap berseronok dan pada masa sama menyanyikan konten-konten yang menarik buat penonton.
“Menerusi pemerhatian kami ketika ini, undian kita juga tinggi. Jadi, kami merasakan sambutan dan sokongan terhadap GMWA kini semakin meningkat. Kita juga berharap agar GMWA ini akan mendapat respon positif bila acara berlangsung nanti,” akhirinya.
Terdahulu, GMWA2024 yang akan dihoskan trio pengacara Sherry Alhadad, Sean Lee dan Amelia Henderson bakal berlangsung pada 23 Febuari ini bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Acara ini bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria serta platform penstriman Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.