Wow, baru sahaja mendapat perhatian Shah Rukh Khan minggu lalu, kini kak Girl telah berjaya mendapat perhatian pelantun lagu Kun Anta pula.
Penyanyi berasal daripada Kuwait, Humood Al-Khudher menerusi Instagram miliknya memuji persembahan parodi Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan dengan menulis,
“Saya menyukai video ini dan saya menyukai gaya lelaki yang langsung tidak menunjukkan sebarang ekspresi wajah!,” tulis Humood di akaun Instagramnya.
Perkongsian penyanyi itu telah menerima lebih daripada 301,612 tontonan dan 3,551 komen setakat ini dari seluruh dunia. Rata-rata berkata turut terhibur dengan video tersebut.
Malah, turut menarik ribuan pengikut penyanyi terkenal dari Kuwait itu untuk mengenali Kak Girl dari seluruh dunia.
Dalam masa sama, Kak Girl turut membalas terima kasih sambil mendoakan kesejahteraan Humood. Malah, di laman Instagram milik Kak girl dipenuhi komen daripada warga Arab.
Menurut salah seorang warga Arab itu berkata video Kak Girl merebak seperti api di aplikasi Whatsapp di negara Arab. Malah, mereka sangat menyukai video tersebut dan memuji gerak bibir kak Girl seperti sama dengan menyanyi.
Selain membuat gerak bibir lagu Kun Anta, Kak Girl turut membuat lip sync lagu arab nyanyian Nancy Ajram yang berjudul Inta Eyh turut mendapat ribuan komen berbahasa Arab.
Kak Girl juga pernah menjadi juara cabaran lip sync atau parodi gerak bibir di sebuah stesen radio tempatan pada tahun 2016 dan meraih populariti selepas aktif memuat naik video parodi sambil menari di dalam kereta.
MH Online turut berbangga dengan apa yang diraih Kak Girl kini. Serata dunia sudah mengenali Kak Girl.Tidak hairan suatu hari nanti artis antarabangsa lain bakal berkongsi video parodi Kak Girl.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI