Baru-baru ini pelakon Fatin Afeefa ada menulis satu twit menerusi akaun Twitter miliknya dan menerusi Twit tersebut, pelakon berusia 25 tahun itu meluahkan rasa marah.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak pula disebut kepada mana-mana pihak.
“Nama awak Kim ke? Sebab perangai macam Kim*k,” tulisnya ringkas.
Selepas Tyra Kamaruzzaman meluahkan kekecewaan kerana menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara ada yang mendakwa dia berlaku curang dalam percintaan, kini anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Aazief Khalid tampil mengesahkan hubungan cinta mereka telah putus.
Meski telah memadam akaun Twitter, namun desakan yang diterima menyebabkan dia tampil mempertahankan diri dan bekas teman wanita.
Malah, lelaki ini turut menjelaskan hal sebenar yang berlaku sehingga menyebabkan perpisahan sejak sebulan lalu.
“Hey guys, I’m going to “spill tea” on my ex-girlfriend. This is a thread.
“First and foremost, yes. We’re both single now. We broke up around one month ago. I didn’t want to publicise it, I haven’t really spoken about it to anyone really.
“I deactivated this account, with no intention of coming back, but seeing what’s happening, I have to clarify
“We broke up because mentally, we weren’t in the best of places. It was civil, and barely anyone knew about it. My parents and family found out yesterday.
“How? Because some anonymous account decided to make up stories about my ex cheating on me with her previous ex,” maklumnya.
Tegasnya lagi, punca perpisahan bukanlah disebabkan oleh kecurangan. Malah kedua-duanya masih berhubung sebagai teman.
“People close to me, people around me, started to hate Tyra because of some lies being spread about her by someone with no connection to us. Fitnah zaman sekarang memang dahsyat, I hope you guys had fun with all the speculation.
“We didn’t break up because of cheating.
“I still see her often, we work together. She still comes to family events, we’re okay. I never understood people who hate each other after breaking up. I had some of the best years of my life with her, I couldn’t bring myself to hate her. This really is none of your business, but
“When my mother calls me asking me if she really cheated, when my dad is blowing up over something that isn’t true, then I have to step in. People are toxic. I have to wake up to all of this nonsense when it isn’t even true.
We are still business partners, we are still friends,” tulisnya optimis.
Tambah Aazief lagi, tiada apa yang perlu didedahkan kerana tidak semua hubungan berjalan lancar.
“I know people want to hear juicy takes on why relationships end, but the truth is there is none. Time, personal issues, it takes its toll on relationships.
“The real truth is, there is no tea to be spilled. Sometimes, things don’t work out.
“None of you have any right to know any of this. But when the nonsense goes to my home, goes to my family, when it has this kind of effect, then I have to clarify.
“Me and Tyra are fine. There is no animosity, no hate. We’re two people who didn’t work out, and that is okay,” ujar Aazief.
Pada masa sama, dia turut simpati kepada bekas teman wanita yang menjadi mangsa fitnah dan memohon agar netizen berhenti menyebarkan tuduhan.
“I kesian tengok Tyra kena fitnah macam ni. I faham, there are people that hate her, hate me, but I really didn’t expect it to be so dirty.
“All I ask is that you leave me and her alone. We’re both adults, stop with the accusations. They’re all baseless,” jelasnya.
Oleh yang demikian, kini kedua-dua pihak sudah pun memberikan penjelasan. Diharap tiada lagi tuduhan tidak berasas selepas ini.
Foto : Twitter Aazief Khalid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang merancang untuk meninggalkan zaman solo tahun 2020 mengakui dia kini merupakan wanita yang terpaling bahagia kerana sedang diulit cinta lelaki berusia 28 tahun.
Meski belum lagi bersedia untuk mendedahkan siapakah jejaka yang kini bertakhta di hatinya, namun dia mengakui sudah pun bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga.
“InsyaAllah kalau ada rezeki, saya pilih tahun hadapan. Jangan tanya lagi nanti saya akan kongsi. Saya sedar meski ramai yang sudah tahu siapakah gerangannya, namun rakan media cukup hormati permintaan saya.
“InsyaAllah saya akan dedahkan wajahnya pada malam berinai nanti,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai adakah majlis nikahnya nanti akan dilakukan secara tertutup atau hanya sebaliknya, penyanyi Bakawali ini ada jawapan sendiri.
Jelas bintang yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom ini, tiada sebab untuk dia merahsiakan perkahwinan sementelah dia mahu meraikan bersama rakan media dan peminat tersayang.
“Saya anggap ini perkahwinan yang pertama. Kalau boleh saya berhajat untuk lakukan apa yang tak pernah saya rasa sebelum ini, pada perkahwinan yang akan datang, insyaAllah. Dulu masa nikah, Mama baru saja meninggal.
“Jadi kita langsungkan majlis di surau saja. Jadi kalau boleh teringin rasa meriah sikit, kebetulan ini merupakan perkahwinan pertama bakal suami. Jadi ya, saya sangat teruja. Malah anak pun cukup rapat dengannya.
“Keluarga pun sudah saling berkenalan dan kami memang mahu percepatkan segala urusan. Saya sendiri dah lalui macam-macam hal dan rasanya perancangan Allah itu terlalu cantik,” akhiri Kak Lina.
Terdahulu, ibu tunggal ini pernah bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 dan bercerai tahun berikutnya. Hasil perkahwinan itu, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Sepfhia.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi entri terkini penyanyi Izzue Islam di akaun Instagram miliknya, dia telah berkongsi sekeping gambar majlis perkahwinan bersama isterinya yang dikenali sebagai Awin Nurin.
Kongsi Izzue, dia dan isterinya kini telah menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.
Oleh itu, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan telah memberi ucapan dedikasi sangat ‘sweet’ buat isteri tercinta.
“Wahai Peneman Hati, saat pertama kali dahimu kucium, itu adalah yang paling indah yang tertanam dalam hidupku.
“Terlalu banyak dugaan yang kita tempuh untuk menikmati saat indah di hari ini.
“Bukan sedikit pengorbanan yang kita lakukan demi mengejar secebis kebahagiaan yang kita impikan.
“Siulan mulut orang kita pekakkan, malah tali ini semakin erat terikat. Happy 7th Anniversary @awinnurin 2013 – 2019”tulisnya.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya