Semalam, pelakon yang baru melahirkan cahaya mata sulung, Mawar Rashid ada berkongsi situasi lucu ketika suaminya, Raff Yaakob cuba melakukan kejutan bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-24.
Kongsi Mawar menerusi Instagram, kejutan tersebut diketahuinya awal.
“Harini pantang hari ke 21, birthday Mawar yang ke 24. @rafyaakob sebenarnya nak surprisekan birthday untuk Mawar.
“Tapi KSha @raysaachanelaraf dah kantoikan dengan detail ada surprise birthday kat tingkat bawah,” tulis Mawar.
Menyedari akan diberikan kejutan hari jadi, finalis Dewi Remaja 2015 ini terus mendapatkan khidmat solekan daripada juru solek kegemaran.
“Bila Mawar dapat tahu ade surprise, apa lagi, Mawar terus call MUA fav Mawar @makeupbynadianordin untuk bersiap cantik2.
“Ye lah, tengah birthday kan, tak kan nak comot pulak. Mak cik bawang, kasi chance cuti pantang untuk beberapa jam ye. Chill ya.
“Mawar tahu korang Carr pasal Mawar,” kongsi Mawar yang turut memohon supaya ‘makcing bawang’ chill terhadap situasinya yang sedang berpantang.
Nama yang cukup sinonim dan berbakat dalam dunia lakonan, Azhan Rani kini semakin menjadi perhatian peminat industri dunia hiburan.
Tambahan lagi apabila dia kian dikenali menerusi watak Ustaz Hamidi dalam drama bersiri Nur dikatakan telah berjaya membawa karektor antagonis.
Mungkin masih ada yang tidak mengenali pelakon ini, jadi jom kita lihat 10 fakta menarik mengenai pelakon yang bernama Azhan Rani.
1.Azhan Rani atau nama sebenarnya, Azhan Bin Abdul Rani dilahirkan pada 24 Januari 1976 di Tanjung Karang, Selangor dan membesar di Kuala Kubu Bahru, Selangor.
2. Penglibatannya dalam industri hiburan bermula apabila dia telah menjadi pelakon drama radio pada awal tahun 2000 ketika dia berusia 28 tahun.
3.Sepanjang tempoh menjadi pelakon drama radio tersebut, Azhan telah menjayakan sebanyak 100 drama radio.
4.Pada tahun 2007, Azhan telah muncul di kaca televisyen buat kali pertama apabila dia digandingkan bersama seorang pelakon terkenal, Rozita Che Wan untuk sebuah drama bersiri berjudul Sesuci Cinta Soffiya.
5.Mengembangkan bakatnya lagi apabila Azhan telah menjadi pelakon untuk sebuah filem yang bejudul KL Zombi pada tahun 2013. Kemudian, Azhan turut membintangi dalam filem Aku Pilih Kamu dan Kolumpo pada tahun yang sama.
6. Selain itu, Azhan pernah memegang watak sebagai A. R. Tompel dalam filem biopik Saloma arahan Melissa Saila yang dibintangi oleh Nabila Huda yang memegang watak Biduanita Negara Puan Sri Saloma.
7.Pada tanggal 21 Ogos 2016, Azhan telah kehilangan bapa tercinta apabila bapanya telah meninggal dunia akibat penyakit sesak nafas.
8.Azhan sehingga kini masih lagi bujang dan tidak berkahwin, selepas bapanya meninggal Azhan banyak menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibunya.
9.Di samping itu, Azhan juga bersahabat baik dengan seorang pelakon dan pengarah terkenal Datuk Farid Kamil.
10.Azhan telah memenangi Anugerah Antagonis Pilihan di Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2019) menerusi lakonan beliau di dalam drama bersiri Nur.
Sumber : Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek telah ditemubual MH ketika majlis pelancaran koleksi hijab eksklusif The Primadona Series Erra Fazira, pada Khamis.
Selain bercerita mengenai sisi kerjayanya, MH turut bertanyakan perihal didikan dalam hal pemakaian hijab terhadap anak tunggalnya, Engku Aleesya.
“Hijab ini bukan sesuatu yang dipaksa tapi kita kena fahamkan dia, macam Aleesya tak dinafikan saya pernah bertanya Aleesya nak tak pakai tudung,
“Lepas tu dia kata sekarang ke? Aleesya ada menjawab yes I want but not now, so kita menghormatilah tapi tak apa lama-lama kita bagi dorongan kepada dia,
Tambahan lagi, Erra turut berkata dia bukanlah seorang ibu yang suka memaksa anaknya.
Akan tetapi dia akan perlahan-perlahan memberikan nasihat dan dorongan kepada Aleesya dalam mendidik anaknya.
“Saya tak nak lah macam paksa, okey lepas ni you kena pakai tudung tak boleh lah nanti lain jadinya,”kongsi Erra sambil berseloroh.
Terdahulu, Erra diundang khas ke sebuah majlis pelancaran koleksi hijab eksklusif The Primadona Series Erra Fazira yang telah berlangsung di The AmeSoeur, Bukit Jalil.
Ini merupakan sebuah kolaborasi kali pertama oleh syarikat tudung terkenal, SOFEAROSE bersama penyanyi Jendela Hati itu.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya