Selebriti dan usahawan, Tya Arifin sebentar tadi ada berkongsi mengenai perkembangan terkininya sejak melahirkan anak kedua, 9 Mel lalu.
Kongsi pemilik nama lengkap Nurtria Wulandri Arifin ini, dia kini kembali menyambung pantang selepas ‘berehat’ selama beberapa hari bagi menyambut Syawal.
“Setelah berehat sebentar di hari Raya, kembali berpantang lagi. Walaupun beberapa hari saja tidak melakukan rutin pantang, rasanya rindu. Bersauna, bertangas, berurut, tungku, mandian herba dan lainnya.
“Gimana kalau sudah habis pantang ya? Pantang tinggal setengah jalan lagi, target berat badan pun tinggal setengah lagi. Mari kita selesaikan @natalismothercare,” tulis Tya sambil disambut dengan komen dari para peminatnya.
Terdahulu, Tya yang mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Datuk Sri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015.
Menerusi perkongsian hidup itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun sementara anak keduanya, diberi nama Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf.
Menerusi laman Instagram Bunkface sebentar tadi, dimaklumkan bapa kepada gitaris utama band berkenaan, Paan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
“Salam semua, dukacita saya maklumkan bahawa bapa sahabat kami, Ahmad Farhan baru sahaja meninggal dunia.
“Mohon sahabat2 & kenalan mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat arwah. Allahummafirghlahu Warhamhu Waafii Wafuanhu.”
“Mohon doa dari kalian untuk arwah bapa @ahmadfarhan87, Hashim bin Hassan yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
Pelakon, Nadzmi Adhwa muat naik video dia bersama rakan pelakon, Ardell Aryana, semalam.
Apa yang menarik perhatian apabila dia tiba-tiba mengucapkan ‘I Love You’ kepada Ardell dan wanita itu kemudian memberi jawapan yang tidak disangka-sangka.
“Kepala bana kau,” balas Ardell.
Nadzmi kemudiannya kelihatan terhibur dengan jawapan Ardell itu dan mencabar orang lain untuk berbuat perkara sama sepertinya.
“Lelaki kena gentle terus terang je. Mana tahu dapat “ Love You Too “ ke kan ? Saya cabar korang semua buat #WanitakuChallenge
“Senang je. Korang pick random siapa sahaja perempuan atau lelaki pergi cakap “ ILoveYou “ kat dia and tengok reaction dia.
“Lepastu tagg saya. Mana tahu jadi jodoh lepastu kan. Video yang paling win akan dapat hadiah dari team kami iaitu Limited Edition Cover Album #Wanitaku
“Selamat Mencuba. Sorry del jangan marah aku @ardellaryana aku gurau #WanitaKuChallenge,” tulisnya.
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang terhibur dengan video tersebut dan mendoakan agar ada jodoh di antara mereka berdua.
Sebelum ini, hubungan rapat antara Nadzmi dan Ardell sememangnya diketahui ramai dan ternyata ramai juga yang mendoakan agar kedua-duanya akan berkahwin satu hari nanti.
Foto/Instagram: Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt, telah memfailkan saman berjumlah AS$35 juta (kira-kira RM163 juta) terhadap bekas isterinya, Angelina Jolie, berhubung penjualan kepentingan dalam kilang...