Minggu lalu kecoh di media sosial berhubung kontroversi yang melibatkan nama penyanyi popular, Ara Johari kerana memuatnaik sedutan filem Avengers: Infinity War di Insta Storynya.

Perkara itu telah mendatangkan kemarahan kepada netizen kerana menganggap Ara sebagai ‘Spolier’ filem tersebut.

‘Nak Tegur Biarlah Cara Berhemah, Saya Pun Ada Perasaan’ – Ara Johari

Rentetan daripada hal itu pelbagai kecaman dan kata-kata kesat diterima oleh Ara.

IKLAN

Menurut laporan BH Online, pelantun lagu Bunga ini berkata tindakan dia menulis pelbagai status di Insta Storynya bukan kerana mahu mempertahankan dirinya sebaliknya dia terlalu geram dan marah dengan kecaman yang dilemparkan oleh netizen.

“Memang saya buat salah, tetapi jangan hambur perkataan kasar seperti anjing dan mencarut. Kalau nak tegur, biarlah secara berhemah. Saya juga ada perasaan.

 

“Kalau orang layan kita teruk, takkan kita perlu balas secara baik? Saya tidak akan maafkan individu yang sesuka hati melabel orang lain dengan perkataan yang tak sepatutnya,” katanya kepada BH Online.

Menurut sumber lagi, Ara mengakui kesilapannya dan telah memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit dengan filem ini termasuk pengurusan pawagam.

IKLAN

‘Nak Tegur Biarlah Cara Berhemah, Saya Pun Ada Perasaan’ – Ara Johari

IKLAN

Katanya lagi, semua kekcohan ini berlaku disebabkan oleh kesilapan dirinya.

“Sejujurnya, saya tiada maksud mahu menonjolkan spoiler atau merakam cerita, apatah lagi ia hanya berdurasi 15 saat bermula paparan di skrin dan selebihnya suasana di dalam pawagam.

 

“Selepas ini, saya akan lebih peka selain berhati-hati supaya tidak mengulangi semula perbuatan itu,” katanya.

MH harap perkara yang terjadi ini dapat diambil sebagai pengajaran untuk Ara malah buat semua masyarakat di luar sana.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI