Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya berkongsi satu komen yang dihantar pengguna Instagram menerusi ‘direct message’ (DM) yang antara lain mengecam penampilannya yang didakwa tidak menjaga aurat dengan baik meski bertudung.
Komen individu berkenaan dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi Insta Stories pada Rabu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan foto mana yang dimaksudkan individu tersebut hingga sanggup memberikan reaksi dengan menggunakan bahasa yang agak kasar.
Ads
“Macam inilah jadinya kalau hanya faham tutup aurat tu hanya pakai tudung. What a stupid idi*t thinking like you, Hanez Suraya,” antara reaksi yang dihantar.
Ads
Tidak memberikan reaksi panjang, Hanez hanya ‘mengucap’ Astaghfirullahalazim terhadap respon tersebut.
Ads
Hanez kini banyak mengisi masa dengan berbasikal dan turut berkongsikan rutin aktiviti sihatnya itu di media sosial.
Foto: Instagram Hanez Suraya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Finalis Hero Remaja 2020, Syameer Shauqeen atau nama komersialnya, Meerqeen mengakui banyak belajar dari pengalaman serta meminta pandangan daripada bintang senior, Safura Ya’cob dalam seni.
Malah jelas bintang muda berusia 19 tahun ini lagi, dia turut pegang pesan Safura agar terus usaha meski jangan meletakkan harapan terlalu besar dalam industri hiburan.
“Safura merupakan ibu saudara saya dari belah ibu.
“Katanya, jangan terlalu beri harapan besar dalam industri ini sebab kita bukan selalunya berada di atas.
“Apa yang kita ada dan miliki sekarang ini, kita bersyukur sahaja.
“Apa pun, dia selalu berikan semangat buat saya untuk teruskan usaha kerana dia sendiri tahu, ini minat saya sejak sekian lama.
“Dulu saya ada juga temaninya ke set lokasi. Misalnya tengoknya berlatih teater dan sebagainya.
“Terima kasih buat Safura yang tidak pernah jemu titipkan nasihat,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia sedar akan peluang yang bakal diterima dalam dunia lakonan akan ada pasang surutnya, bintang asal Kuala Lumpur ini mempunyai pandangan sendiri.
Katanya, dia mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di balik perjalanan seni ibu saudara sendiri sebagai pengajaran yang memotivasikan diri.
“Saya pun tahu, ada juga yang nasibnya tidak berapa baik dalam industri. Satu ketika dulu pernah terkenal dan kemudian jadi sebaliknya.
“Bagi saya ia pengajaran, termasuklah untuk saya yang masih baru. Apa pun, saya percaya kepada rezeki.
“Malah saya nampak sendiri apa yang pernah dilalui makcik saya, seolah-olah saya adalah saksi kepada makcik sendiri.
“Pada masa sama, saya juga terinspirasi dengannya kerana pada fasa yang sukar ketika ini, dia kuat dengan mencari sumber rezeki dengan berniaga,” akui anak sulung daripada empat beradik ini lagi.
Dalam perkembangan lain, Meerqeen yang terlebih dahulu sudah pun berjinak-jinak dalam lakonan sebelum menyertai Hero Remaja baru saja selesai penggambaran telemovie, Kelaster di samping Achey dan Nora Danish.
Meerqeen bersama empat calon juara lainnya, Haziq, Jabir, Nadhir dan Umar bakal berentap di pentas akhir Hero Remaja 2020, 16 Julai ini bersiaran langsung di Astro Ria dan Ria HD.
Bakal muncul menerusi drama bersiri, Pink Smile yang turut dilakonkan Fattah Amin, pelakon baru, Farhan Asri menyatakan rasa teruja apabila hasratnya untuk berkerjasama dengan bintang popular itu akhirnya direalisasi.
Farhan yang juga merupakan naib johan pencarian Hero Remaja 2017 lalu menambah, peluang berlakon bersama juara Hero Remaja 2012 itu disifatkan sebagai satu peluang keemasan yang sukar untuk dilepaskan.
“Sejujurnya saya memang rasa ‘takut’ dengan dia. Tambahan pula saya anggap Fattah sebagai idola. Bila bertemu dengan seseorang yang kita kagumi di depan mata, rasa teruja.
“Jadi secara tak langsung, saya kena buktikan yang saya juga mampu ‘perform’ dan berikan yang terbaik.
“Tak boleh nak main-main. Apa pun, semuanya berjalan dengan lancar,” katanya kepada MH.
Selain Fattah, Pink Smile yang bakal bersiaran menerusi slot Lestari di TV3 bermula esok turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Sweet Qismina, Intan Najuwa, Izzaq Mushtaq dan ramai lagi.
Menyifatkan suami kepada aktres, Nur Fazura itu sebagai seorang pelakon berkaliber yang banyak memberikan tunjuk ajar, bintang berusia 23 tahun itu turut mengakui Fattah seorang pelakon terkenal yang merendah diri.
“Fattah pun banyak berikan tunjuk ajar sepanjang penggambaran. Malah dia pun seorang yang rendah diri, cukup membantu dan faham perasaan serta situasi saya yang masih boleh dikira baru.
“Malah dia seolah-olah boleh baca personaliti saya bila di set. Dia pernah tanya saya, adakah saya seorang yang pemalu dan sebagainya. Ia buat saya rasa selesa.
“Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Itulah dia. Mungkin orang yang tidak kenali dia, boleh cakap macam-macam. Tapi bila saya isi masa dengannya, barulah tahu karektor Fattah yang sebenarnya.
“Mungkin kalau saya berada di posisinya sekarang, belum tentu saya mampu tunduk macam tu agaknya,” akuinya jujur.
Lebih tiga tahun terlibat dalam seni, Farhan menyifatkan kerja keras dan usaha berterusan adalah resipi kejayaan seseorang individu.
“Dari dulu hingga sekarang, saya tidak pernah berhenti berharap. Saya ada target sendiri dan perlahan-lahan Allah SWT permudahkan, alhamdulillah.
“Saya juga dikelilingi mereka yang baik dalam bidang masing-masing dan itulah yang saya idam-idamkan. Selebihnya, saya teruskan dengan usaha dan doa, insya-Allah,” akhirinya optimis.
Pelakon dan pengacara, Kamal Adli mengakui teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri pengalaman pertama anak tunggalnya, Hawra Uqaira di prasekolah.