Pengacara dan pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf mendedahkan dia sebenarnya sudah mula terfikir untuk tidak lagi menggunakan gelaran ‘Imam Muda’ memandangkan usianya kini sudah hampir menjangkau 40 tahun.

Menurut Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, meskipun nama tersebut sudah sinonim dengan dirinya, namun, dia mahu memberi laluan buat generasi-generasi baru untuk meneruskan tanggungjawab tersebut.

“Nak Tarik ‘Hand Break’ Atau…,” – Masih Digelar ‘Imam Muda’ Meski Usia Nak Masuk 40, Ustaz Asyraf Terfikir Nak Tukar Nama? “Nak Tarik ‘Hand Break’ Atau…,” – Masih Digelar ‘Imam Muda’ Meski Usia Nak Masuk 40, Ustaz Asyraf Terfikir Nak Tukar Nama?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IM Asyraf (@imammudaasyraf)

“Ini yang saya nak ceritakan, daripada tahun 2010 sampai 2022 orang panggil saya Imam Muda. Dah 12 tahun dah. Daripada Imam yang muda sampaikan dah tua. Ada juga yang tanya sampai bila nak guna gelaran itu?

“Nak tarik ‘hand break’ atau letak jawatan macam poyo pula. Ini bukan jawatan yang diberikan oleh Sultan atau universiti.

“Tetapi bila difikirkan semula, ramai lagi pewaris dari kalangan anak-anak muda, maka saya fikir perlu untuk saya menghulangkan gelaran yang dah tak sesuai untuk saya,” tulisnya.

IKLAN

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh juara program Imam Muda musim pertama itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Nak Tarik ‘Hand Break’ Atau…,” – Masih Digelar ‘Imam Muda’ Meski Usia Nak Masuk 40, Ustaz Asyraf Terfikir Nak Tukar Nama? “Nak Tarik ‘Hand Break’ Atau…,” – Masih Digelar ‘Imam Muda’ Meski Usia Nak Masuk 40, Ustaz Asyraf Terfikir Nak Tukar Nama? “Nak Tarik ‘Hand Break’ Atau…,” – Masih Digelar ‘Imam Muda’ Meski Usia Nak Masuk 40, Ustaz Asyraf Terfikir Nak Tukar Nama?

Dalam pada itu, Asyraf juga sempat berseloroh mengenai nama baharu yang mungkin akan diguna pakai olehnya selepas ini.

“Dah tua dah dan anak pun dah tiga orang dah. Umur juga nak masuk 40 tahun dah. InsyaAllah mungkin lepas ni akan tukar gelaran lain seperti Asyraf Official, Asyraf Tiger, Asyraf Dragon atau apa-apa sahajalah.

IKLAN

“Walaupun dah melekat dan nak ubah pun susah sebab orang yang bertahun panggil sebegitu, tapi rasanya kurang sesuai dah.

“Semoga Allah berikan kebaikkan dan sejarah ini tetap terpahat di hati saya sampai bila-bila,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, Asyraf memaklumkan dirinya tidak kisah mengenai panggilan tersebut asalkan ia disertakan dengan doa yang baik-baik.

“Saya ‘OK’ saja hendak dipanggil apa. Imam Muda ka Imam Tua ka, Ustaz ka, Bro ka, Acab ka, Imam saja ka, Pakcik Asyraf ka, Encik Asy ka. Tak kesah.

IKLAN

“Asalkan panggilan itu sesuai dengan iringan doa yang baik,” akhirinya.

“Nak Tarik ‘Hand Break’ Atau…,” – Masih Digelar ‘Imam Muda’ Meski Usia Nak Masuk 40, Ustaz Asyraf Terfikir Nak Tukar Nama? “Nak Tarik ‘Hand Break’ Atau…,” – Masih Digelar ‘Imam Muda’ Meski Usia Nak Masuk 40, Ustaz Asyraf Terfikir Nak Tukar Nama? “Nak Tarik ‘Hand Break’ Atau…,” – Masih Digelar ‘Imam Muda’ Meski Usia Nak Masuk 40, Ustaz Asyraf Terfikir Nak Tukar Nama?

Sekadar informasi, Asyraf telah dinobatkan selaku juara bagi program Imam Muda musim pertama pada tahun 2010.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Imam Muda Asyraf

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI