Kreatif sungguh pasangan selebriti popular ini. Jenuh MH nak kena tekan link Instagram banyak kali untuk lihat romantisnya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.
Sekeping gambar Wawa memegang bunga yang diberi tangan seseorang.
Tulisnya, jika nak tahu siapa empunya tangan boleh tekan link.
Walaupun sudah maklum tangan itu empunya sang suami, Aeril Zafrel, namun netizen tetap tekan link untuk melihat reaksi pada wajah lelaki itu.
Pelakon KAMI The Movie, Liyana Jasmay mendapat komen pelbagai dari netizen gara-gara mengenakan ‘snowcap’ saat berliburan di London.
Malah, aktres itu turut berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.
Lebih ‘hangat’ komen yang diberikan netizen apabila mereka ternampak seperti helaian rambut yang jelas kelihatan menerusi salah satu foto yang dimuat naik.
Tidak berdiam diri, Liyana dilihat turut memberikan reaksi terhadap apa sahaja komen yang diberikan netizen, sama ada yang baik dan sebaliknya, termasuk imej mengenakan snowcap hingga menampakkan helaian rambutnya.
Foto: Instagram Liyana Jasmay
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan berbanding dua kakaknya iaitu Uqasa dan Nelydia, Raysha Rizrose diakui agak jarang berkongsi mengenai teman lelakinya, Nabil Jeffri.
Bagaimanapun, pemenang Dewi Remaja selepas Neelofa ini cukup senang andai ditanya rakan media mengenai gerangan lelaki yang bertakhta di hatinya kini.
Raysha menjelaskan, dia sudah mengenali kekasihnya itu lebih enam tahun lalu, iaitu sejak dia terlibat dalam pertandingan Dewi Remaja lagi.
“Kami kenal sudah lama, sekitar lima ke enam tahun. Malah sebelum saya sertai Dewi Remaja lagi. Senang bersama dengannya kerana dia seorang yang memahami dan punya visi untuk berjaya.
“Soal kahwin atau melangkah ke suatu fasa serius, kami masih belum terfikir lagi sebab masing-masing tengah nak kejar cita-cita. Lagi pula, biarlah kakak saya yang selesai (berkahwin) dulu,” katanya.
Terdahulu, Nabil Jeffri atau nama sebenarnya, Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri merupakan seorang pelumba kereta profesional negara dan terkini dia merupakan seorang wakilan kepada jenama Mercedes-AMG.
Terbaru, bekas juara Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee ada memuat naik sekeping gambar bertulis ‘Thank you for being reason I smile’ di akaun Instagram.
Sementara menerusi ruangan kapsyen, model dan pelakon itu turut menyatakan rasa terima kasih dan sayang buat para peminatnya.
“THANK YOU, Everyone for your LOVE & SUPPORT. I love each & everyone of you.”
“It has been a hard week but surprisingly it has made me realise one thing.It’s very important to surround yourself with positive people n keep the circle small.”
“When I’m at my lowest I know who will be there for me to pick me up. Insyaallah I’m going to be a better version of myself n be much more positive.”
“Thank you for those who help me, you guys are amazing n I can’t thank you enough,” tulis Haneesya lagi.
Setelah penarikan takhta Dewi Remaja 18/19 minggu lalu, ramai dari kalangan artis dan netizen yang memberi sokongan kepada Hanee supaya tabah menghadapi dalam dugaan.
Malah, ada yang menyatakan setiap yang berlaku ada hikmah dan sebagai manusia biasa, kita tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan.
Sementara itu, menerusi semangat dan sokongan ramai, Haneesya juga gembira buat mereka yang secara tidak langsung membantunya dalam melalui dugaan.
Foto : Instagram Haneesya Hanee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.