“Nak Sangat Tau Artis Serupa Setan,” – Dikecam Seperti Syaitan, Sharifah Shahirah Ajak Individu Ini Bertemu Empat Mata

Share

Berkongsi paparan mesej perbualan bersama seorang individu, pengacara radio Sharifah Shahirah menzahirkan ketidakpuasan hati apabila golongan selebriti diberi gelaran syaitan.

Menurutnya lagi, dia telah berbincang dan memohon untuk bertemu empat mata namun tidak diendahkan.

Dahh lagi

“Aku cakap nak jumpa dm terus tutup…laju…masa komen tak pikir

“Ingat nak biar tapi nak tengok muka suci dia

“Tolong carik budak ni boleh?
Nak ajak gi mahkamah tak nak

“Nak ajak minum je…nak sangat tau artis serupa setan… Takpe…kami paham kami setan…ni lagi seram…dah baling batu lariii

“Mana..mana…ajak semua …kaum keluarga kamu kita beejemaah…jangan sombong sangat…jom mende boleh bincang,” kongsinya.

Perkongsian ini turut mendapat perhatian selebriti lain seperti Nourul Depp dan Shuib Sepahtu.


Menegur biarlah berpada-pada, jangan sehingga sampai surat ‘cinta’ untuk bertemu di mahkamah.

Foto : Instagram Sharifah Shahirah

IKLAN