Pemergian pengacara dan selebriti televisyen disegani, Datuk Mahadzir Lokman ke Rahmatullah beberapa hari lalu benar-benar meninggalkan kesan buat penggiat seni.

Misalnya pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan turut berkongsi kisahnya bersama arwah, beberapa tahun lalu.

Menerusi Instagram yang dikemas kini, isteri pelakon Zain Saidin yang mesra disapa Che Ta itu mengimbas kembali memorinya.

IKLAN

“Salam takziah dan al Fatihah .. Salah satu wish untuk wedding kami dulu , mmg nak sangat arwah jadi MC (pencara). Alhamdulillah, beliau sudi untuk memeriahkan wedding kami sbg MC,” tulis Che Ta.

Pada masa sama, pelakon drama Kak Marr itu turut memaklumkan kali terakhir dia bersua dengan Allahyarham adalah pada tahun lalu, di majlis berbuka puasa.

IKLAN

“Last kami jumpa , last year masa majlis berbuka , tak sangka itulah kali terakhir kami dapat jumpa arwah. Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun.

 

“Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah. Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia.

 

“Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Amiin Amiin Amiin,” kongsinya lagi.

Terdahulu, bintang yang terkenal dengan kebolehannya bertutur dalam pelbagai bahasa utama dunia itu dilaporkan meninggal dunia pada pagi Jumaat lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

IKLAN

Foto: Instagram Rozita Che Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI