“Nak Rasa Air Tangan…,” – Ceburi Bidang Perniagaan Makanan, Kini Peminat Boleh Rasa Masakkan Eina Azman!

Share

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman yang mahir menyediakan pelbagai menu makanan yang melazatkan.

Terbaru, menerusi akaun Instagram milik Eina, ibu kepada dua cahaya mata ini memaklumkan dia kini baru sahaja menceburi bidang perniagaan makanan secara dalam talian.

Eina menjelaskan, dia ingin memberi peluang kepada peminat untuk merasai hasil masakannya.

“Hi guys Assalamualaikum semua… Untuk bulan puasa ni, Eina open order untuk sesiapa yang nak rasa air tangan Eina.. So uolls boleh follow @itsdonebyeinaazman untuk order ok!

“Penghantaran akan bermula esok so uolls order cepat cepat ok!,” tulisnya.

Di samping itu, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan gembira untuk merasai masakkan air tangan Eina.

Untuk rekod, Eina atau nama penuhnya Ainur Syakina Azman dilahirkan pada 13 Mac 1995 dan telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden pada 31 Ogos 2014.

Pasangan itu dikurniakan pasangan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Foto: Instagram Eina Azman

IKLAN