Baru-baru ini, pengacara, Finaz Yunus ada memuat naik status di Facebooknya berkenaan pihaknya mahu menjemput tetamu jemputan dalam program bual bicara iaitu Analisis Bersama Finaz Yunus di sebuah televisyen swasta.
Menerusi entrinya, Finaz telah mendedahkan bayaran yang diminta bekas penyanyi nasyid, In-Team, Suhaimi Saad dan meminta Suhaimi untuk menjadi tetamu jemputan berhubung isu ‘Flat Earth’.
Ads
Lantas, perkara itu telah mendapat respon dari Suhaimi dan ini jawapannya.
Ads
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai berhubung posting tersebut.
Ads
Facebook: ANALISIS bersama FINAZ YUNUS, Suhaimi Saad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Instafamous yang juga ushawan yang dikenali sebagai Cik Epal baru-baru ini ada memberikan kejutan buat suami tercinta bersempena dengan ulang tahun kelahiran lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Jofliam yang ke-30.
Disunting kepada beberapa bahagian, video kejutan dan sekitar majlis keraian bersempena sambutan hari jadi itu telah dikongsikan wanita berusia 28 tahun ini menerusi Instagram.
Cik Epal ada memaklumkan, awalnya dia memberi kejutan buat suami dengan berlatar belakangkan lagu latar yang menjadi saksi cinta mereka sejak sekian lama. Malah, dia sempat berseloroh membayangkan hadiah yang bakal diberikan bukanlah seluar dalam berharga RM4,000!
“Selama aku berkahwin dan hidup serumah dengan @jofliam ni,apa yang aku nampak dia tak pernah berkira dengan aku. Dari zaman aku study sampai dah kahwin ni,aku memang jenis suka beli apa-apa guna duit sendiri.Tak suka nak mintak orang belikan apa2 kehendak aku. Tapi kadang-kadang dia yang tetiba nak belanja aku baju lah, kasut lah, perfume lah,handbag lah tanpa aku minta.
“Orang kalau nak bagi, kita kena ambil. Rezeki jangan ditolak nokkk. Ehehe. Aku ni pulak jenis kalau orang tak berkira dengan aku, aku boleh berganda tak kan berkira dengan dia.
“Kalau dia layan aku macam QUEEN, aku berpuluh kali ganda boleh layan dia macam KING.
“Aku tahu kemampuan dia. Aku tahu dia boleh beli sangat kereta Ford Mustang 5.0 GT ni. Cuma aku rasa kalau aku bagi hadiah kereta Ford Mustang 5.0 GT ni dekat dia dengan hasil duit usaha aku sendiri, maybe dia akan lebih hargai,” tulisnya.
Pada masa sama, dia sanggup menambah kos sekitar RM10,000 bagi menaiktaraf bunyi enjin kereta ikonik berkenaan. Perkongsian tersebut turut dimuat naiknya di IG.
Terbaru, sepotong video ada memaparkan Fakhrul Radhi ketika dalam perjalanan menaiki tren pengangkutan awam.
Dilihat penyanyi nasyid ini memegang tiang tren untuk mengukuhkan kedudukan, namun tidak semena-mena lelaki di hadapannya terus merapati genggaman seakan-akan mahu berpegangan tangan.
“Selalu tgk kt socmed ja..Kejadian berlaku depan mata td..tak sangka berani betul..dengar citer yg belakang tu muntah hijau lepas kejadian ni,”
Kejadian sebenar, rakaman hanyalah sekadar gurauan. Lelaki yang dikatakan cuba memegang tangan Fakhrul adalah Bazli yang juga anggota UNIC.
Netizen turut terhibur dengan aksi lucu kedua-duanya dan tertanya-tanya apakah nasib lelaki berbaju hijau tersebut selepas melihat adegan mesra di depan mata.
Foto: Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.